Siakap Keli

Serabut Dengan Kekasih, Lelaki Kecewa Sanggup Telan Roti Ban ‘Berinti’ 87 Batang Paku

Apalah yang bermain di fikiran seorang lelaki berusia 25 tahun ini apabila sanggup menelan 87  batang paku dan 7 batang pin hanya kerana bergaduh dengan kekasih sendiri. Penyudahnya, kerana cinta dirinya merana dan terpaksa menjalani satu pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya.

Khamis lalu, sepasukan doktor di Hospital Chengzhou City No.1 People’s berjaya menyematkan nyawa lelaki tersebut dalam satu pembedahan.

Penemuan mengejutkan bendasing dalam tubuh lelaki tersebut sselepas petugas kesihatan melakukan imbasan X-ray mendapati terdapat longgokan paku di bahagian torso lelaki tersebut serta beberapa batang lagi berhampiran dengan alat sulitnya.

Sebelum itu, lelaki yang tidak didedahkan identitinya bergegas ke hospital selepas merasa sakit yang amat perit pada 8 0gos yang lalu.

Hasil komunikasinya dengan seorang doktor, lelaki itu kemudian memdedahkan bahawa dia mungkin mengalami sakit pada bahagian perut seperti kekejangan mungkin disebabkan dia secara tidak sengaja telah memakan roti ban panas yang ‘berintikan’ paku. Doktor kemudian sedar bahawa lelaki tersebut bukan lagi mengalami masalah kekejangan perut yang biasa.

Pembedahan segera dilakukan dan doktor mengambil masa selama 4 jam untuk mengeluarkan keseluruhan objek asing yang ada di dalam perut lelaki tersebut.

Doktor turut mendedahkan bahawa kesemua 87 batang paku itu berukuran antara 4 hingga 7 sentimeter. Prosedur pembedahan tersebut turut turut dirakam dan disiarkan di Mango TV, salah sebuah stesen televisyen tempatan.

Melalui rakaman video tersebut, doktor-doktor turut dilihat menjelaskan bagaiaman asid perut telah bertindak balas dengan objek asing tersebut sehingga mengeluarkan bau busuk.

Lelaki tersebut yang ketika ini dalam proses untuk sembuh kembali mendedahkan bahawa dia bertindak memakan paku-paku tersebut kerana kecewa selepas kekasihnya mahu memutuskan hubungan dalam satu pertengkaran yang berlaku sebelum ini.

Malah, lelaki tersebut turut meninggalkan surat perpisahan untuk kekasihnya yang dikirimkan melalui salah seorang doktor yang bertugas menyelamatkan nyawanya.

Menurut doktor, mereka mendapati bahawa lelaki tersebut turut menelan 7 batang pin sebelum ini, namun 6 daripadanya telah pun keluar melalui proses alami. Hanya satu yang masih tertinggal di bahagian usus, namun doktor menjangkakan tubuh lelaki tersebut tidak menghadapi masalah untuk mengeluarkannya.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.