Siakap Keli

Umur 2 Tahun Dah Ketagih Hisap Rokok Sekotak Sehari, Tak Beri Anak Ini Mengamuk Histeria

Beberapa keping foto seorang budak lelaki berusia dua tahun sedang menghisap rokok sambil dilihat oleh ibunya di laman sosial mencetuskan kebimbangan ramai.

Manakan tidak, kanak-kanak itu, Rapi Ananda Pamungkas, kelihatan tidak kekok menikmati rokok yang dihisap sambil menghembus asap, lagak yang tak ubah seperti seorang lelaki dewasa.

Dia dirakam melakukan aksi itu di gerai milik ibunya di Sukabumi, Indonesia.

Rapi didakwa mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari.

Ketagihannya itu semakin meningkat apabila orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut mula memberikannya rokok seakan menggalakkan lagi tabiat buruk kenak-kanak itu.

“Pada mulanya, dia kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula.

“Saya sentiasa memberi rokok kepadanya untuk mengelak dia dari meragam dan mengamuk.

“Dia tak akan tidur dan mengamuk serta menangis sehinggalah saya beli rokok untuknya setiap hari,” ujar ibunya, Maryati yang berusia 35 tahun.

Setiap kali cuba menghalang perbuatan itu, Maryati dan suaminya, Mishabudin terpaksa berhadapan dengan amukan anak kecilnya itu.

Sementara itu, bapanya yang juga seorang perokok mengakui kagum dengan kebolehan anaknya itu yang mampu menghisap rokok dengan jumlah yang banyak.

“Saya pun tak merokok sebanyak itu. Saya hanya merokok di tempat kerja sahaja,” ujarnya.

Pasangan suami isteri itu kini mendapat perhatian apabila mereka memohon bantuan orang ramai termasuk pakar kesihatan untuk menghentikan ketagihan anaknya.

Namun, pihak berkuasa sehingga kini menolak untuk membuat sebarang kenyataan mengenai rakaman tular kanak-kanak itu.

Sumber : Daily Star UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.