Siakap Keli

(Video)Lebih 10 Tan Surat Disekat Masuk Ke Palestin Oleh Israel Sejak 2010

Sudah sekian lama, umat manusia sejagat sudah mengetahui betapa kejamnya layanan negara haram Israel terhadap penduduk Palestin amnya, dan Gaza khususnya.

Pengeboman, pembunuhan, rampasan tanah, penafian hak, tahanan kanak-kanak, sebut sahaja apa jenis jenayah, semuanya pernah dilakukan oleh pentadbir-pentadbir Israel yang dipimpin Benjamin Netanyahu ketika ini dan rakyatnya terhadap orang-orang Palestin.

Terkini, sebuah portal berita antarabangsa, TRT World memuat naik satu video di akaun rasmi Youtube sekaligus mendedahkan lagi sisi keji negara haram Israel terhadap penduduk Palestin.

Melalui video tersebut, TRT World mendedahkan lebih 10 tan jumlah berat barangan yang dihantar daripada luar ke Palestin terutamanya wilayah terkepung iaitu Tebing Barat dan Gaza, telah ditahan oleh Israel sejak 2010 lagi.

Israel dikatakan telah menyimpan semua barangan tersebut di Jordan. Antara barangan-barangan yang dihalang daripada dihantar ke Tebing Barat dan Gaza adalah surat, ubat-ubatan, kerusi roda dan pelbagai jenis barangan berpaket lagi.

Pihak berkuasa Palestin yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal surat menyurat dan kargo barangan hanya mempunyai akses kepada barangan-barangan yang dihalang itu setelah mencapai persetujuan dengan Israel dalam rundingan secara ‘one time deal’.

Ketika ini,pekerja-pekerja penghantaran barang Palestin bertungkus-lumus memeriksa dan mengasingkan kesemua baranga-barangan tersebut bagi membolehkan ia dihantar kepada penerima sepatutnya dengan seberapa segera.

Terdahulu, Israel dikatakan mempunyai kawalan menyeluruh terhadap semua pintu keluar dan masuk ke Palestin menjadikan mereka sebagai kuasa tunggal yang bertanggungjawab menyelia urusan keluar dan masuk barangan ke negara itu.

Tindakan tidak berperikemanusian yang dikenakan oleh Israel itu menyaksikan ekonomi penduduk-penduduk Palestin terutamanya di Tebing Barat dan Gaza terus menguncup. Malah, Israel turut melakukan kepungan terhadap Gaza sejak tahun 2007 dengan menghalang semua jalan akses sama ada di darat, air mahupun udara.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EWamVLGAgOE]

 

Sumber : TRT World, Aqsa Syarif

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.