Siakap Keli

”Aku Hampir Keluar Rumah Tutup Pintu Kereta”, Alarm Berbunyi, Pintu Kereta Terbuka, Rupanya Taktik Samun Umpan Mangsa Keluar

Pelbagai taktik digunakan oleh penjenayah bagi memperdayakan mangsa. Ada yang sanggup mencederakan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Jadi kita haruslah sentiasa berwaspada dengan sekeliling kita, bimbang kejadian tak diingini berlaku.

Seperti perkongsian lelaki ini, yang dikejutkan dengan bunyi sistem penggera kenderaan pada pukul 2 pagi. Lebih mengejutkan, pintu keretanya juga berada dalam keadaan terbuka. Mesti ramai yang berada dalam situasi ini akan segera bergegas keluar bagi menutup pintu kenderaan. Mujurlah, dia segera menghubungi polis kerana curiga dengan kejadian tersebut.

Dia tidak menolak kemungkinan bahawa penjenayah mungkin menggunakan taktik ini bagi mengumpan penghuni rumah keluar sebelum mereka menyerang dan menyamun mangsa kerana tiada satu pun barang yang hilang dalam kenderaan. Licik dan bahaya !

Aku terkejut dengan bunyi alarm kereta yang sangat kuat. Bangkit terus dari tidur dengan keadaan mamai dan segera mendapatkan kunci kereta dan hidupkan suiz lampu.

Aku matikan alarm vios dan mengintai dari cermin pintu. Pintu Alza terbuka! Jantung memang berdegup kencang. Ada sesuatu yang tak berapa elok sedang berlaku. Aku dapat rasakan. Jam di dinding menunjukkan tepat jam 2 pagi..

Hampir aku nak keluar dari rumah dan segera menutup pintu Alza dan mengunci kereta aku tapi aku curiga ada sekumpulan perompak yang memasang perangkap untuk menunggu aku keluar !

Telefon polis! Aku tanya isteri. Call polis? Beliau kata, Ya! Call polis sekarang! Dalam beberapa minit, 2 buah kereta peronda polis sampai bersama kira-kira 8 orang anggota jika tidak silap. Selepas kelibat mereka tiba baru aku membuka pintu dan menceritakan apa yang berlaku. Anggota-anggota polis tersebut melakukan gerak kerja mereka dengan mencari petanda dan kelibat penjenayah(barangkali) namun tiada. Mungkin telah melarikan diri.

Suatu perkara yang menarik, tiada satu pun barang di dalam Alza yang hilang dan terdapat juga kenderaan-kenderaan jiran di luar pagar rumah masing-masing. Namun tidak terusik. Oleh itu, saya beranggapan bahawa modus operandi kumpulan ini adalah dengan cuba membuatkan kita keluar dari rumah atas alasan pintu kereta terbuka, alarm berbunyi dan mereka akan menggunakan kekerasan keatas kita dan merompak barang bernilai di dalam rumah.

Syukur pada Allah kerana diberikan kewarasan untuk segera menghubungi pihak polis dengan segera dalam keadaan yang mamai. Idea ini muncul kerana perkongsian rakan-rakan di FB seperti perompak membuka pili air di luar rumah supaya penghuni keluar dan selepas itu rompakan dibuat.

Tqvm pada pihak polis yang begitu pantas mengambil tindakan apabila orang awam perlukan bantuan. Sempat saya memohon maaf kerana menyusahkan mereka datang kerumah pada jam 2 pagi namun segera mereka menyangkal dan berkata sememangnya itu tugas mereka dan usah berkata demikian.

Semoga kita semua diselamatkan daripada segala malapetaka dan sebarang niat jahat. Semoga peristiwa ini juga menjadi iktibar buat kita semua. Syukur semuanya selamat. Kita mesti lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber : Abdul Kareem Firdaus

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.