Siakap Keli

Dibatalkan Temuduganya Kerana Enggan Berjabat Tangan Dengan Lelaki, Wanita Muslim Ini Dibayar Pampasan

STOCKHOLM-SWEDEN: Seorang wanita Islam memperoleh ganti rugi yang diberi oleh sebuah syarikat yang membatalkan temuduganya kerana dia enggan berjabat tangan.

Farah Alhajeh, 24, memohon kerja sebagai jurubahasa sebelum dibatalkan sesi temuduganya kerana enggan berjabat tangan dengan penemuduga lelaki di syarikat itu dan sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

Selepas mendapati syarikat tersebut melakukan diskriminasi terhadapnya, Mahkamah Buruh Sweden mengarahkan membayar pampasan berjumlah AS$4,350 (RM17,819) kepada wanita terbabit.

Sementara itu, pejabat ombudsman yang mewakili Farah berkata, penghakiman mengambil kira kepentingan majikan, hak individu dan kepentingan negara untuk terus melindungi kebebasan beragama.

Sumber- BBC NEWS

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar