Siakap Keli

Dilabel Gila Kerana Depression Dan Hampir Bunuh Diri, Tetapi Berkat ‘Melawan’, Lelaki Ini Akhirnya Berjaya Graduate Dengan Cemerlang

Depression atau kemurungan bukan lagi satu isu baru yang diperkatakan pada hari ini. Ia merupakan sejenis penyakit mental yang serius dan memberi kesan negatif terhadap perasaan seseorang, cara dia berfikir dan bagaimana dia bertindak. Jadi jangan mudah melabel diri anda mengalami kemurungan sebelum mendapatkan pengesahan pakar  kerana ia sama sekali tidak sama dengan stress atau perasaan sedih. Hanya yang melaluinya akan tahu kesengsaraan di sebalik penyakit ini.

Seperti apa yang dilalui oleh lelaki ini yang berjuang melawan kemurungan yang teruk. Pelbagai ujian yang diterima hingga tak tertanggung lagi menyebabkan dia pernah cuba membunuh diri. Mujurlah dia kuat bangkit melawan setelah mendapatkan sesi rawatan berulang kali dan mengambil ubat dalam jangka masa yang lama hingga pulih.

Mereka bukan gila, mereka perlu dibantu. Ini juga bukan soal akidah, ini soal penyakit yang serius dan perlu mendapatkan rawatan. Ubah stigma anda dan jangan memandang rendah pada mereka yang mengalami penyakit kemurungan. Terlihat kuat di luar, tapi dalamannya sudah kritikal dan parah !

Gila but Graduated

Sesuatu yang sudah berlalu tetapi dikenang-kenang merupakan habit normal sesetengah mereka yang sedang berjuang melawan depression and anxiety. Aku salah satu daripada mereka yang sering menghabiskan masa berjalan kebelakang dan bermenung mengenangkan masa lalu aku yang penuh memori pahit which came in different shapes and forms yang jelek dan menyakitkan mata.

Masih segar dalam ingatan aku tentang keadaan diriku sebagai sosok manusia yang penuh stigma when it comes to mental health issues. Hanya ada satu perkataan yang aku pegang teguh selama bertahun-tahun iaitu ‘Gila’. Ini merupakan kosa kata yang aku guna apabila melihat perilaku mereka yang ditempatkan di Tanjung Rambutan.

Aku tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kesihatan mental kerana tiada pendedahan. Can you imagine yang aku hanya menganggap cubaan bunuh diri yang aku lakukan sewaktu zaman sekolah hanya seperti pementasan teater yang mempunyai durasi tertentu dan kemudiannya tamat.

Kematian abah merupakan titik tolak depression and anxiety yang telah menganggu kehidupan seharianku. Sungguh panjang jika ingin aku ceritakan kerana pergerakan plot kehidupankanku cukup complicated but aku membawa satu perasaan yang berakar daripada rasa bersalah terhadap Abah because I couldn’t be somebody that he wanted me to be.

Arwah abah pernah mengutarakan impianya untuk melihat aku belajar di luar negara dan berjaya. Aku tidak berapa pedulikan impian aku because the most important thing is to make my mother and father happy. Perasaan ini mulai menghantui kehidupanku.

Aku gagal UPU sebanyak dua kali dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di IPTS (kebetulan pula di situ ada biasiswa MARA). Malangnya, MARA sudah berhenti menaja pelajar IPTS ketika aku berada di semester pertama dan yuran pengajianku dibayar PTPN yang tidak memberikan elaun sara diri setiap bulan seperti MARA.

Sebenarnya, aku sudah give up apabila aku gagal menyambung pengajianku di IPTA namun demi memenuhi impian abah dan keinginan mengubah keluarga aku agar menjadi lebih baik, aku menjadikan dugaan tidak diterima di IPTA sebagai motivasi untuk aku berterusan menimba ilmu walaupun yuran pengajian di IPTS sememangnya mahal. Aku tidak mempunyai sebarang pilihan.

Perjalanan akademik aku baik di tahun pertama dan aku adalah di antara pelajar terbaik untuk cohort aku but everthing changed apabila Tuhan mulai menguji aku dengan sedikit kegagalan apabila aku tergelincir daripada senarai president list award (3.75 and above untuk tiga semester panjang berturut-turut).

Aku mulai hilang arah di tahun kedua apabila langkah kiri dan kananku hanya berwiridkan kegagalan yang aku sembunyikan dibalik topeng personaliti ceria dan bubbly yang aku guna pakai agar tiada siapapun sedar aku sedang merana. Dalam fikiranku hanya ada abah yang sudah aku kecewakan.

Kemudian, aku sudah mula berjinak-jinak dengan self harm. Aku cuma makan sekali sahaja sehari dan berat badanku susut. Wajahku juga cengkung dan aku menangis setiap malam mengigatkan abah yang sudah meniggal akibat cancer sejak 2013. Rasa bersalah ini sudah menjadi darah yang mengalir dalam tubuhku. Fikiranku bercelaru kerana bertimpa-timpa ujian yang Tuhan hujankan sehingga pada satu tahap aku sudah berani tidur bersama pisau.

Aku dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh seorang hamba Allah ini dan aku mulai mendapatkan nasihat pakar mengenai masalah kesihatan mentalku. I joined one depression campaign kira-kira dua tahun lalu (waktu tu stigmanya masih lagi kuat). Tindakan aku disokong ibu yang merupakan wanita yang aku betrayed kerana aku sembunyikan hal kesihatan mental ini sehingga first session aku di klinik kesihatan. She is very supportive and aku masih lagi dapat menulis diary ini because of her dua yang tidak pernah putus.

Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, setelah tiga sesi di klinik kesihatan, keadaan aku bertambah teruk dan aku sudah berani berdiri di atas bangunan yang tinggi. Ternyata Tuhan masih sayangkan dan memberikan aku peluang kerana suicide attempts aku selalunya tidak berakhir tragis (orang datang selamatkan / keluar images ibu bapa).

They referred me to Hospital XX where I got proper treatment from pakar psikatri dan setelah beberapa sesi aku diberikan ubat dan disahkan mempunyai OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) and MDD (Major Depressive Disorder) with pyschosis. Kehidupan aku berubah 360 darjah. Pada penghujung tahun kedua study, aku sudah berani ponteng classes dan mutu kerja aku juga menurun but I still berjuang dan sentiasa cuba untuk mengotakan janji abah walaupun aku tahu peluang aku untuk ke luar negara cuma 0.2%.

Aku sudah tidak mampu lagi bersaing dengan mereka yang hebat-hebat namun aku mempunyai sedikit adavantage kerana GPA tahun pertama aku cukup kuat but still I gave my all in everything walaupun keadaan aku tidak seperti dahulu lagi. Aku berjaya mendapat Anugerah president di penghujung tahun ketiga, namun kondisi aku makin bertambah teruk dan aku gemar menghabiskan masa mendengar suara yang menyuruhku untuk bunuh diri.

Dua semester terakhir sebelum intership merupakan garis masa yang menyakitkan dan penuh kesedihan. Pihak kampus memberi ruang buat aku untuk pulang ke kampung halaman bagi mengerjakan practicum dan keadaan aku beransur pulih sehingga aku diberhentikan ubat buat seketika kerana dijaga oleh ibu.

Masalah kesihatan mental health ini seperti menaiki Rollecoaster yang mempunyai laluan yang bengkang bengok dan bukan hanya garis lurus. Aku relapsed ketika menjalani latihan intership namun aku sudah tahu untuk cope apabila keadaan aku tidak stabil. Aku agak berduah kerana dijaga oleh keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh dan semangat untuk aku terus berjuang. Aku menamatkan Intership dan mendapat markah A.

Sebenarnya, perjalanan recovery aku cukup panjang dan lebih details yang tidak aku sertakan. Btw, Aku tidak hadir ke majlis Anugerah President kerana aku dikejarkan ke emergency ward (March tahun ini) when I was suicidal tetapi aku cepat-cepat menelefon mereka yang aku rasa dapat memberikan bantuan dan ini membutikan aku sudah aware akan keadaan aku dan tidak berlama-lama tenggalam di lautan suicide.

If you want to know, aku sebenarnya tidak mahu ke majlis graduasi namun ada insan yang sudi membayarkan yuran convocation aku agar aku dapat hadir meraikan kemenangan. Aku menamatkan pengajian dengan CGPA 3.93 dan walaupun aku tidak mendapat Anugerah Pelajar Terbaik namun ilmu yang aku dapat dan pengalaman yang aku kumpul lebih jauh berharga dan nombor itu cuma bonus hasil doa ibu dan juga usaha aku. Masih banyak lagi aku perlu belajar.

Laluan yang aku ambil tidak lagi kebelakang, mugkin aku cuma menoleh dan bermenung sebentar dan menyediakan tissue untuk mengelap beberapa butiran air mata mengenangkan luka yang memberikan parut kekal tetapi aku tahu suatu hari nanti, pasti aku dapat melihat pelangi sesudah meredah lopak yang dan lumpur yang memberikan uncomfortable sensation. I know the day will come dan suara sumbang yang pernah mengatakan aku ini orang ‘Gila’ akan sedar orang macam kami juga boleh berjaya dan boleh sihat.

Keep on fighting. Share this to inspire others. #KitaFighters

Sumber : Dear Depression Diary

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.