Siakap Keli
KANGAR 20 October 2015. Keadaan jerebu di Bandar Kangar dengan bacaan IPU 80 di seluruh Negeri Perlis. NSTP/Eizairi Shamsudin

(Gambar) Jerebu Di Alor Setar Catat Paras Tertinggi Dan Tidak Sihat

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah di negeri ini iaitu di Kangar (147) dan Alor Setar (149) , menunjukkan bacaan tidak sihat sehingga jam 3 petang hari ini.

Beberapa kawasan di Sarawak seperti Mukah juga turut mencatatkan bacaan tidak sihat dan situasi ini akan bertambah ‘parah’ memandangkan hujan dijangka tidak turun untuk beberapa hari ini.

Sehingga 3 petang ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 57 kawasan mencatatkan paras baik dan 7 mencatatkan IPU sederhana.

Tujuh kawasan mencatat IPU sederhana ialah Sungai Petani (116), Kulim (102), Seberang Jaya (120), Seberang Perai (109) dan Mukah (138).

Orang ramai diminta memberi kerjasama dalam tempoh ini dengan tidak melakukan pembakaran terbuka.

Maklumat terkini untuk bacaan IPU, boleh terus layari:

http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html

Nur Farra