Siakap Keli

Jom Belanja Sakan Di Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my, Ada Diskaun Sehingga 90 Peratus Untuk Lebih 100 Jenama Produk Bayi Ditawarkan

Setiap pasangan ibu dan bapa pasti mendambakan yang terbaik buat anak-anak mereka. Pelbagai perancangan sudah tentu berlegar-legar di minda khususnya buat para ibu. Daripada A sehingga Z, setiap perincian kelengkapan anak-anak sama ada yang baru lahir ataupun sedang membesar semestinya sudah tersusun atur dengan elok.

Bagi meraikan semua ibu-ibu yang ada di Malaysia ini, Motherhood.com.my ingin menawarkan kepada anda semua para ibu, peluang keemasan mungkin sekali seumur hidup untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak anda. Kami katakan ia satu peluang keemasan kerana Motherhood.com.my, sebuah platform belian atas talian barang kelengkapan bayi terbesar di Malaysia bakal mengadakan Jualan Gudang 2018 pada 31 OGOS (Jumaat) sehingga 2 SEPTEMBER (Ahad) akan datang bertempat di Viva Shopping Mall, Hall 1, Aras 2 di Jalan Loke Yew, Cheras.

Save the date! Untuk tiga hari ini bermula daripada pukul 10 pagi hingga 9 malam, anda sangat-sangat bertuah sekiranya mengunjungi Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini kerana anda boleh membuat PENJIMATAN sehingga 90 PERATUS, satu tawaran yang kami yakin anda tidak akan peroleh di mana-mana tempat yang lain. Tapi yang lebih penting yang WAJIB anda tahu adalah, potongan harga sehingga 90 peratus ini adalah untuk lebih daripada 100 jenama produk bayi terkenal yang anda tahu. Sebut je, Pigeon? Ada. Pureen? Ada. Dr. Brown’s? Ada. Baby Organix? Pun ada.

Eh, nanti dulu. Bukan itu je jenama yang ada dijual dengan diskaun paling ‘gila’ abad ini. Ada lagi jenama-jenama lain yang turut dibawakan khas untuk anda dalam Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini. Antara jenama-jenama lain adalah Nestle, Dryper, Genki, Kath & Belle, Fiffy, Pet Pet, Autumnz, Tommee Tippee, Little Bean, Pororo Toys, Intex, dan Spectra.

Nanti, belum lagi. Ada jenama-jenama lain juga yang mungkin anda berkenan nak belikan untuk anda antaranya adalah Medela, Babylove, Sweet Cherry, Joie, Comfy Baby, Trendy Valley, Ichiro, Simple Dimple, Nuby, My Dear dan banyak lagi. Kalau anda beli sekarang sebelum SST dikuatkuasakan, anda juga bakal menikmati belian tanpa GST tau. Jika anda layari laman rasmi Facebook Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini, ada boleh dapat semua maklumat yang anda mahu untuk semua barangan berjenama dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

Tawaran peluang keemasan untuk anda berbelanja sakan belum tamat lagi. Tak cukup dengan diskaun sehingga 90 peratus, Motherhood.com.my juga menawarkan harga jualan yang amat murah, dengan ada barangan yang dijual dengan harga bermula RM 2. Ya, RM 2. Anda tak salah baca pun. Khas untuk anda, barangan bayi jenama PHILIPS AVENT bakal menerima potongan harga sehingga 54 PERATUS melalui Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini. Bagi pakaian bayi berjenama Pigeon pula, harga jualan yang ditawarkan untuk anda bermula daripada RM 5. Murah sangat-sangat tau.

Kalau anda rasa semua tawaran di atas sudah cukup buat anda teruja, apa kata anda dengar tawaran lebih hebat ini pula. Motherhood.com.my tidak berhenti setakat memberikan tawaran hebat sahaja untuk menggembirakan anda semua para ibu. Motherhood.com.my turut menawarkan Goodies Bag untuk pasangan suami isteri terawal yang mengunjungi jualan gudang ini. Tapi anda janganlah takut, bukan sedikit tau Goodies Bag yang disediakan, 5,000 semuanya. Jadi jangan lambat, siap sedia daripada sekarang untuk serbu Jualan Gudang 2018 Mothrhood.com.my ok. Anda boleh klik Facebook Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini, kalau anda nak tengok-tengok dahulu sebelum datang berbelanja nanti.

Menarik lagi, anda juga berpeluang untuk menyertai satu contest yang dikenali sebagai Spend, Spin and Win sekiranya anda berbelanja lebih daripada RM 500 di Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini. Hadiahnya juga boleh tahan lumayan iaitu pelbagai barangan bayi yang keseluruhannya bernilai RM 100 ribu tau. Rugi, memang rugi sangat-sangat kalau anda tidak berbelanja sakan dalam jualan gudang ini.

Diskaun sehingga 90 peratus sudah. Harga jualan barangan serendah RM 2 sudah. Goodies Bag percuma sudah. Peluang menangi hadiah keseluruhan RM 100 ribu pun sudah. Nanti, ada lagi. Motherhood.com.my juga ingin meraikan anda para ibu dan bapa di luar sana dengan menawarkan anda tawaran istimewa pembelian mainan kanak-kanak lebih daripada 50 jenama serta stroller. Nak tahu apa tawaran istimewa tersebut? Kenalah datang sendiri ke Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini, terutamanya buat ibu bapa yang berhajat nak belikan set permainan baru untuk anak masing-masing. Takkanlah asyik nak kitar semula je kan mainan dari abang-abang, kesian si adik tu tau.

Lebih istimewa lagi, sekiranya anda adalah pengguna talian Maxis dan pelanggan CIMB, anda bertuah kerana Motherhood.com.my menawarkan peluang keemasan untuk anda membuat tinjauan eksklusif dengan hak untuk mengunjungi Hall Jualan Gudang 2018 Motherhoo.com.my sehari lebih awal pada 30 Ogos ini, bermula daripada pukul 5 petang sehingga 10 malam.

Apa yang anda buat jika anda pengguna talian Maxis adalah :

Langkah 1            : Muat turun aplikasi MyMaxis di Apple Store atau Play Store.

Langkah 2            : Kemudian pergi ke ‘Deals’

Langkah 3            : Cari Motherhood.com.my Warehouse Sale dibawaha ‘Shopping’

Langkah 4            : Tunjukkan halaman ‘Download Deal’ di pintu masuk untuk mendapat 2 pas (tidak termasuk kanak-kanak dibawah 12 tahun)

Bagi pelanggan CIMB, apa yang anda perlu buat untuk mendapatkan 2 pas masuk tersebut adalah dengan menunjukkan Kad Kredit ataupun  Kad Debit anda ketika berkunjung ke Hall Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my ini.

Untuk pemegang kad ahli VVIP ataupun NEW MOM Motherhood.com.my, anda hanya perlu tunjukkan kad tersebut di pintu masuk untuk mendapat kebenaran TINJAUAN EKSKLUSIF bermula daripada pukul 7 malam sehingga 9 malam, juga pada 30 Ogos ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk anda ibubapa-ibubapa di luar sana. Ia mungkin sekali seumur hidup. Jangan menyesal kemudian hari ok. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Motherhood.com.my dan laman Facebook Jualan Gudang 2018 Motherhood.com.my.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.