Siakap Keli
Caucasion mid-adult pregnant woman with hands on belly.

Pantang Larang Orang Dulu-Dulu Ketika Hamil, Fakta Ke Mitos? – Dr. Rusyainie

Mesti biasa dengar kan mak kita dulu-dulu dengan pantang larang?  Seperti tak boleh keluar rumah waktu senja takut disakat hantu atau tak boleh mandi waktu malam nanti kena paru-paru berair.

Selain daripada pantang larang harian, wanita hamil juga tak lari daripada larangan yang dikatakan jika dilanggar akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Contohnya seperti jangan bunuh binatang, nanti kenan (badi) dekat bayi.  Tapi, sejauh manakah pantang larang ini memberi kesan kepada anak?  Benarkah larangan itu jika dilanggar akan memudaratkan pada bayi?

via GIPHY

Untuk menjawab segala persoalan tersebut, mari baca perkongsian daripada Dr. Rusyainie Ramli sebagai panduan terutamanya buat ibu hamil yang mungkin sampai takut nak buat apa-apa kerana takut terlanggar pantang larang.  Semoga bermanfaat.

Mengandung adalah satu perkara normal. Sebab tulah cara manusia menambah keturunan.

Walaupun ia adalah perkara lumrah, tapi untuk doktor dan misi, menjaga mak dan kandungan dari segi perubatan adalah satu perkara yang sangat berat. Bukan senang tanggungjawabnya.

Tapi, tolonglah. Jangan lah percaya perkara-perkara karut begini.

1. Zaman dulu malam-malam kan lampu pun tak ada malam2. Manalah tahu dok ralit gunting, terpotong pula jari. Kes naya la. Mungkin sebab tulah kan mitos ni keluar. Samalah macam guna perkakas. Kang ketuk punya ketuk, tertukul jari sendiri. Sakit yang amat.

2. Mandi malam nilah mitos yang sungguh la susah nak buang. Mandi tu airnya gunanya di permukaan kulit saja. Kalau tertelan air sekali pun, akan masuk ikut esofagus. Kita ada refleks tersedak tu untuk halang air masuk paru-paru. Paru-paru berair tu dalam bahasa perubatan ialah jangkitan kuman pada paru-paru. Tak mungkin la sebab mandi malam boleh jadi macam tu.

Air nak masuk ikut kulit, tembus ke rahim, lepas tu ke selaput ketuban, tu sungguh tak logik.

Zaman dulu, tandas pun luar rumah kan. Nak mandi malam, dengan gelap gelita nak keluar dari rumah, nak jalan pergi ke tandas, silap hari bulan, ada pula binatang merayap kat kaki, sebab tulah orang-orang tua tak bagi mandi malam. Cuaca malam kan sejuk, mandi pula air perigi, memang la menggeletar la.

 

Tapi sekarang, bilik air pun dah dalam bilik tidur. Siap petik suis dah boleh dapat air panas nak mandi. Boleh tak kita semua lupakan bab mandi malam nanti kena sakit segala? Ni tak. Nak mandikan anak yang berlengas lepas dia main sakan pun, kalut dok tanya saya, boleh ke tak, sebab dah malam. Aduh. Pening saya.

Kita kena faham, zaman dulu, kadar buta huruf punya lah tinggi. Mereka tak ada pendidikan formal. Jadi apa yang tok nenek moyang kita cakap tu semata-mata ikut pengalaman dan pemerhatian mereka. Sedangkan sekarang kita dah belajar sains dari darjah 1. Subjek sains yang kita belajar tu bukan untuk lulus ujian saja, tu ilmu yang kita boleh guna dalam hidup kita.

3. Bab jin semua tu saya tak nak sentuh. Mereka tu memang wujud tapi di alam lain. Yang saya pasti, tak ada suatu pun makhluk yang hebat, kecuali Allah SWT. Kalau kita terlebih-lebih kang, dah jadi lain kang iman kita ni.

Bila mengandung tu, kita sebagai mak berdoa yang baik-baik saja lah.

Dengar, ikut dan patuh pada nasihat doktor dan misi.

Jangan lupa makan suplemen yang diberi.

Kalau ada ubat, kena makan macam yang diarah.

Temujanji kat klinik kenalah datang. Jangan sampai misi kena ketuk pintu rumah.

Tu lah usaha kita yang terbaik untuk kandungan kita tu. Selebihnya, kita serah tugas pada doktor dan misi dan tawaqal pada Allah.

Redha pada apa juga takdir Allah. Ni dok sibuk nak tuding jari pada baka belah mana lah yang punya hal jadi begini. Sudahlah tu.

Bersangka baik lah dengan Tuhan dan semoga hidup kita dirahmati dan diberkatiNya.

Nur Farra