Siakap Keli

Pemandu Bas Rapid KL Terlibat Berada Di Bawah Pengaruh Dadah – Polis

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pemandu bas Rapid KL yang merempuh tujuh kenderaan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Ampang berada dalam pengaruh dadah ketika kejadian.

Media yang sama turut melaporkan Datuk Seri Mazlan memberitahu bahwa keputusan itu diperoleh hasil daripada siasatan awal pihak berkuasa.

Lapor media lagi, pemandu bas berusia 32 tahun berasal daripada salah sebuah negeri di Pantai Timur itu dipercayai positi dadah jenis Methamphetamine (syabu). Pihak polis ketika ini sedang menyiasat sama ada pemandu bas itu mempunyai rekod dadah sebelum ini.

Terdahulu, pemandu bas itu yang melarikan diri selepas merempuh sebuah kereta di Keramat sehingga mengenai sebuah gerai burger tepi jalan telah melanggar beberapa buah kenderaan.

Pemandu bas itu juga dilaporkan menjadi mangsa belasahan orang ramai yang berang dengan pemandunya itu dirawat di Hospital Ampang, namun sudah dibenarkan keluar.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.