Siakap Keli

”Satu Flat Turun Nak Pukul”, Lelaki Dakwa Pemandu Bas Rapid KL Hanya Mahu Selamatkan Diri

Ssusulan kejadian rempuhan beberapa buah kenderaan membabitkan seorang pemandu bas Rapid KL yang berlaku di Selangor semlam, seorang lelaki tampil mendakwa bahawa tindakan pemandu tersebut yang memandu secara melulu adalah kerana mahu menyelamatkan diri.

Dakwaan yang dibuat lelaki itu tersebar di media sosial selepas screenshot yang dipercayai komen yang dibuat oleh lelaki tersebut dikongsi beberapa pengguna di media sosial.

Lelaki tersebut turut mendakwa pemandu tersebut dalam keadaan kritikal ketika ini dan diletakkan di zon merah.

”Pemandu ketika ini berada dalam zon merah akibat kritikal, anak masih kecil, akibat manusia buat undang-undang sendiri. Hanya langgar gerai burger dikejar ramai-ramai dengan kayu dan pedang samurai.

”Siapa yang tidak lari kalau satu flat nak kejar,” dakwa lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian mendakwa bahawa ibu dan bayi dua bulan yang dikatakan terpelanting sebenarnya tidak wujud.

”Dia (pemandu bas) terbabas sebab nak elak motosikal-motosikal budak-budak yang lepak dekat kedai burger itu. Tak sempat nak berbincang, satu flat turun dengan kayu dan pedang samurai.

”Kesian, pemandu dipersalahkan dengan dengar sebelah pihak. Doakan yang terbaik buat pemandu tersebut,” dakwanya lagi.

Dalam kejadian semalam, pemandu tersebut cuba melarikan diri setelah terbabit dalam kemalangan berhampiran sebuah kedai burger. Dalam cubaannya melarikan diri, pemandu tersebut telah merempuh sebanyak 7 kenderaan, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.