Siakap Keli

(Video) Semua Saman AES Sejak 2012 Hingga Hujung Ogos Ini Dibatalkan – Menteri

Kerajaan Malaysia melalu Kementerian Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan semua saman AES sejak 2012 hingga 31 Ogos berjumlah 3.1 juta membabitkan nilai RM435 dibatalkan dalam satu media sebentar tadi.

Terdahulu, beliau menjelaskan kerajaan berjaya mencapai kata sepakat mengenai isu AES yang sudahpun tergendala selama 6 tahun. Kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan kontrak dua syarikat kosensi AES, manakala sistem itu kini akan berada di bawah kawalan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Katanya lagi, kerajaan sebelum pada 2015 ini telah mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera 9LTAT) untuk mengambil alih sistem AES ini dengan harga RM 550 juta setelah terdapat rungutan dan bantahan orang awam berhubung kutipan saman yang dibuat oleh pihak swasta.

Oleh itu, katanya menjelang 100 Hari Janji Pakatan Harapan, kerajaan berhajat untuk menyelesaikan perkara ini yang sekian lama telah membelenggu pengguna lebuh raya.

”Jumlah saman ada 3.1 juta saman. Setiap saman berjumlah RM 150. Kerajaan mengorbankan RM 435 juta. Tetapi mengikut perjanjian dengan dua syarikat ini (kerajaan lama) kalau dikutip pun tidak akan masuk ke akaun kerajaan. Ia akan dibayar ke dua syarikat tersebut yang diambil alih oleh LTAT,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pembantalan ini adalah secara 0ne-off dan bermula 1 September, kerajaan melalu kementeriannya dan JPJ akan melaksanakan sepenuhnya semua peruntukkan perundangan ke atas saman-saman oleh AES tanpa sebarang pengurangan.

Sumber : Anthony Loke Siew Fook

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.