Siakap Keli

“Tak Pukul Pun”, Giliran Pemilik Gerai Burger Pula Dedahkan Cerita Bagi Pihaknya

Semalam, netizen digemparkan dengan tindakan seorang pemandu bas Rapid KL yang bertindak memandu secara berbahaya dan merempuh sehingga 7 buah kenderaan.

Sebelum itu, pemandu tersebut dikatakan telah melanggar sebuah kenderaan yang kemudian terbabas dan merempuh sebuah gerai burger tepi jalan.

Pemandu bas itu dikatakan cuba melarikan diri bagi menyelamatkan diri kerana risau dipukul. Malah, kjbeberapa netizen turutberkongsi keadaan di lokasi kejadian yang mengatakan bahawa ada sekumpulan lelaki mengejar pemandu bas tersebut dengan menggunakan kayu dan pedang samurai.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan sebuah portal berita berbahasa Inggeris hari ini, pemilik gerai, Azri Arip yang juga merupakan individu bertanggungjawab memuat naik video insiden tersebut Facebook memberitahu cerita sebaliknya.

Berdasarkan laporan portal berita tersebut, Azri mengakui ketika kejadian tersebut berlaku, dia baru sahaja pulang daripada kerja dan berehat sebelum terdengar bunyi bising berhampiran gerai burgernya.

Dia kemudian bergegas keluar dan melihat sebuah kereta Proton Iswara berada di sisi gerai saya, manakala meja-meja sudah pun bertaburan. Ketika itu, ibunya bersama-sama anak saudaranya berusia 2 bulan berada diantara gerai dan pembahagi jalan.

Portal itu turut menyabut bahawa Azri berkata, pemandu Protos Iswara yang merupakan penduduk setempat ketika itu turut keluar daripada kenderaannya dan mengejar pemandu bas tersebut.

Azri juga dilaporkan memberitahu portal tersebut bahawa pemandu bas telah mengarahkan semua penumpang untuk turun daripada bas selepas kejadian itu berlaku.

Tidak seperti yang didakwa oleh netizen sebelum ini, menurut Azri, hanya mereka berempat sahaja yang mengejar pemandu bas itu menggunakan dua motosikal.

Portal itu turut menyebut bahawa Azri memberitahu mereka berang dan bertindak mengejar pemandu bas itu kerana bergegas melarikan diri daripada lokasi kejadian, sedangkan masalah itu dapat diselesaikan melalui perbincangan.

Azri bagaimanapun menafikan dakwaan orang awam yang mengatakan mereka telah membawa senjata tajam seperti pedang samurai dan kayu ketika mengejar pemandu bas itu. Malah katanya, pemandu Proton Iswara itu berulang kali mengarahkan pemandu bas itu untuk berhenti atau pergi ke balai polis, namun tidak diendahkan.

Malah, portal berita tersebut turut melaporkan bahawa pemandu bas itu telah mengeluarlkan tangan daripada cermin tingkap bahagian pemandu bas dan menunjukkan simbol mencabar kepada mereka berempat.

Azri juga melalui laporan berita itu berkata, bahawa bukan mereka yang meukul pemandu bas tersebut sebaliknya ketika dia cuba turun daripada bas yang tersangkut dan melarikan diri, dia berjaya ditangkap oleh orang awam lain yang berang dengan pemanduan berbahayanya.

Ujar Azri, mereka berempat tidak terlibat dalam kejadian pukul ke atas pemandu bas itu dan dakwaan bahawa mereka memukul lelaki itu hingga cedera parah adalah tidak benar.

Portal berita tersebut turut melaporkan bahawa Azri telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.