Siakap Keli

(Video) Negara Asia Timur Pertama Laksana Hudud, Pelaku LGBT Di Brunei Akan Direjam

Jika di Malaysia kita diminta untuk tidak mendiskrimani golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), tetapi di Brunei sebarang aktiviti yang melanggar fitrah manusia Islam, pelakunya akan dihukum.

Brunei adalah antara negara Asia Timur pertama yang melaksanakan hukuman hudud bermula April 2014 terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan tak ketinggalan, kegiatan LGBT.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada Oktober tahun lalu.

“Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Sultan Hassanal Bolkiah.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.

“Beta berharap, sesiapa juga yang berstatus rakyat dan penduduk negara ini, akan sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini. Tidak diragukan lagi, ia adalah sebahagian dari ‘sejarah besar’ kita dan negara,” titah baginda.

Nur Farra