Siakap Keli

Azreen Manan, Penyanyi Era 90-an Meninggal Dunia

Penyanyi era 1990-an Azreen Manan, 41, telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini akibat kanser serviks tahap empat.

Menerusi sartu portal berita, suaminya yang dikanlinya sebagai Shah mengesahkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.06 petang di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga bersama sahabat terdekat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Azreen dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas kesihatannya merosot sejak dua minggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dia menghidapi kanser tersebut sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit tersebut kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.

Dia menjalani pembedahan kedua pada Mac lalu.

Mengimbas kembali, pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan ketika baru berusia 16 tahun apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

Hasil perkahwinan Azreen dengan Tengku Intan, mereka mendapat sepasang anak yang kini berusia 24 tahun dan 21 tahun.Selepas berpisah dengan Tengku Intan, Azreen berkahwin dengan Shah pada 2011. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.