Siakap Keli

Gadis 14 Tahun Jadi Mangsa Rogol Kenalan Baru Whatsapp

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki disyaki merogol seorang gadis berusia 14 tahun yang baru dikenali menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek berkata lelaki yang berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Samariang, Petra Jaya semalam selepas mangsa membuat laporan polis.

Terdahulu pada Khamis, mangsa telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa beliau telah dirogol oleh seorang lelaki yang yang dikenalinya melalui apklikasi Whatsapp sejak lima bulan lepas.

“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 13 Ogos di sebuah hotel bajet di Kawasan Padungan,”katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Kes disiasat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan hukaman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ng Ah Lek menasihati ibu bapa supaya mengawasi tingkah laku serta pergaulan anak gadis mereka agar tidak menjadi mangsa rogol.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.