Siakap Keli

(Video)Trend Orang Kaya Amerika, Bela Ayam Pakai Lampin, Siap Ada Jurudandan Dan Chef Khas Lagi

Pelik. Jika anda di Malaysia lebih gemar untuk membela kucing atau hamster, tetapi di Amerika Syarikat (AS) trend orang kaya adalah membela ayam yang diberi pakai lampin pakai buang.

Percaya atau tidak, industri lampin ayam di sana sangat menguntungkan seperti didedahkan oleh salah seorang usahawan di sana, Julie yang berjaya memperoleh pulangan sehingga USD 50 ribu setahun.

Kalau di Malaysia, ayam dibesarkan untuk dijadikan gulai, paling tidak untuk digoreng, tetapi di AS orang-orang kaya ini membela ayam untuk dibawa bersiar-siar atau hadir ke sesi fotografi.

Menurut Julie, dia mendapat idea untuk menghasilkan lampin pakai buang komersial khas untuk ayam kira-kira 10 tahun lalu ketika menonton satu rakaman daripada Youtube. Bermula daripada situlah, Julie berpendapat warga AS yang menjadikan ayam sebagai haiwan peliharaan memerlukan lampin untuk mengelakkan haiwan itu berak di merata-rata. Malah Julie sendiri mempunyai seekor ayam, Abigel yang dibelanya sebagai haiwan peliharaan.

Julie kemudian menjual lampin ayam pakai buang buatannya di atas talian, Pampered Poultry pada 2010, yang kemudian pantas menarik perhatian warga AS. Selain berhasil menjual lampin tersebut, Julie turut memberitahu bahawa dia mendapat ramai kawan baru yang berkongsi minat yang sama sejak memulakan perniagaan tersebut.

Ketika ini, Julie memberitahu bahawa dia mampu menjual antara 500 sehingga 1000 (USD 18 sekeping)  keping lampin itu di seluruh AS setiap bulan. Selain menjadi pilihan pembela ayam sebagai haiwan peliharaan, Julie juga mempunyai pelanggan daripada penternak-penternak ayam secara kecil-kecilan. Julie kini membesarkan perniagaannya dengan menambah produk baru seperti gaun untuk ayam betina.

Anda mungkin merasakan ia perkara yang lucu untuk seseorang berbelanja wang membelikan ayam mereka gaun, tetapi hakikatnya, jurudandan ayam di sana memperoleh pendapatan sehingga USD 225 sejam untuk menghias ayam peliharaan orang-orang kaya di AS.

Tak cukup dengan jurudandan khas, malah ada ayam-ayam yang dipelihara ini turut dibekalkan dengan ‘chef’ peribadi.

”Orang mungkin fikir ayam-ayam ini diberi makan makanan sama dengan ayam-ayam lain (sisa). Tetapi tidak, ayam-ayam peliharaan ini diberi makan stik, salmon, salad segar dan tembikai organik,” kata Amina Azhar-Graham, salah seorang pemilik ayam peliharaan.

Malah, bagi mereka yang lebih kaya, mereka turut boleh mendapatkan perkhidmatan penyediaan tempat tinggal khas ayam peliharaan yang harganya mencecah USD 20 ribu. Sistem canggih ini yang disambung kepada telefon pintar membolehkan pemiliknya mengawal suhu bilik ayam, pencahayaan dan memantau tahap keselamatan ayam-ayam mereka.

Hmm, macam-macam manusia sekarang yea.

 

Sumber : Oddity Central

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di