Siakap Keli

Ajaran Sesat Kerajaan Ubur-Ubur Dakwa Nabi Muhammad SAW Seorang Wanita

Fenomena Kerajaan Ubur-ubur di Banten, Indonesia semakin membimbangkan masyarakat sekeliling kerana ajaran yang disebarkan menyimpang jauh daripada agama Islam.

Kerajaan Ubur-ubur didirikan oleh sepasang suami isteri yang mendakwa diri mereka sebagai Ratu Kidul dan Raja Kudi.  Seramai 12 orang pengikut mereka adalah bukan daripada kalangan masyarakat setempat tetapi berasal dari Jawa Timur dan Jawa Tengah.

Menurut media tempatan, Kerajaan ini telah dibentuk sejak 6 bulan lalu dan mula dihidu selepas kerap menjalankan ritual pemujaan pada setiap malam.

Menurut keterangan yang diterima pihak berkuasa yang bertugas, suspek mendakwa bahawa mereka mempunyai akses kepada bank dunia iaitu Bank Swiss dan Griffin yang menyimpan aset kekayaan dunia.

“Jadi kalau kita lihat daripada hasil pemeriksaan, apa yang dilakukan adalah berunsur mistik dan ghaib.  Mereka melaksanakan ritual pemujaan dengan zikir Kerajaan Ubur-ubur setiap malam Jumaat sehingga 4 pagi.”

“Doa atau zikir yang digunakan tidak sah dan pakaian juga tak seperti pakaian muslim yang sepatutnya.”

“Masyarakat sekeliling yang membuat aduan memberitahu mereka pelik dengan bahasa zikir yang digunakan selain pakaian yang tak menutup aurat.”

Daripada keterangan suspek, wanita yang mendakwa dirinya Ratu Kidul itu memberitahu bahawa dia menganut agama Sunda Wiwitan dan mengakui itu adalah ajaran agama Islam.

Dia juga memberitahu dan percaya Nabi terakhir memiliki jantina wanita, Kaabah bukan kiblat umat Islam serta memberitahu bahawa mencium Hajarul Aswad adalah seperti mencium kelamin wanita.

Mereka juga tak pernah melaksanakan solat berjemaah selain mempraktikkan zikir khas yang tidak berlandaskan Al-quran.

“Jelas-jelas ia tak mencerminkan ajaran agama Islam, ini sesuatu yang membimbangkan.  Ia seperti menodai Islam,” kata Setiausaha Majlis Ulama Indonesia, Anas Tajudin.

Pun begitu, Kerajaan ini dikatakan akan terkubur kerana pihak berkuasa telah pun berjaya menahan ke-12 orang penganut tersebut termasuk kedua pasangan suami dan isteri yang mendirikan kerajaan terbabit.

Sumber: Tribun News

Nur Farra