Siakap Keli

Perdana Menteri Belarus Dan Puluhan Pegawai Kanan Dipecat Skandal Rasuah Jutaan Dolar

Pemimpin Belarus Alexander Lukashenko pada hari Sabtu lalu telah memecat perdana menteri dan ahli-ahli utama kerajaan berikutan skandal rasuah yang menyaksikan pegawai tertinggi turut ditangkap.

Perdana Menteri Andrei Kobyakov akan digantikan dengan bekas Ketua Bank Pembangunan, Sergei Rumus.

Beberapa orang naib perdana menteri serta menteri di jabatan ekonomi dan industri juga akan dipecat, katanya dalam satu kenyataan.

“Saya tak akan memberitahu nama mereka. Saya tak pernah dan tak akan perkara sebegini berlaku! Apa yang kita dah janji pada rakyat kita mesti ikut.”

Pada musim panas ini, satu skandal rasuah telah menggugurkan perkhidmatan negara bekas Soviet itu.

Pihak berkuasa telah menahan berpuluh pegawai kesihatan dan juga syarikat ubat-ubatan yang dipercayai menyeludup jutaan dolar duit negara.

“Sergeui Rumas serba tahu tentang kewangan dan ekonomi, dia seorang yang bijak, dan kita boleh mengharapkan satu permulaan pembaharuan ekonomi baru yang selama ini Lukashenko memberi mandat untuk melaksanakannya.”

Penganalisi Politik, Valeriy Karbalevich berkata, “Lukashenko mendapati kerajaan laman tak takut kepadanya, jelas sekali mereka tak menjalankan tugas dengan betul.”

“Presiden itu berharap orang baru akan takut untuk melakukan perkara yang tak baik terutama mencuri.”

Lukashenko telah memerintah Belarus sejak kejatuhan antara Russia dan Poland pada 1994.

Sumber: The Guardian

Nur Farra