Siakap Keli

“Gencatan Senjata Taliban Bermula Esok Sempena Raya Haji,” – Presiden Afghanistan

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani telah mengumumkan gencatan senjata terhadap Taliban mulai hari ini sempena sambutan Aidil Adha.

Sumber Taliban berkata pemimpin mereka telah bersetuju dengan gencatan senjata selama 4 hari perayaan tahunan Islam, walaupun pemimpin tertinggi Sheikh Haibatullah Akhunzada masih perlu memberi kelulusan terakhirnya.

“Gencatan senjata bersyarat akan bermula esok dan ia akan berterusan selagi Taliban mengekalkan dan menghormatinya,” kata Ghani dalam satu majlis meraikan 99 tahun kemerdekaan dari pemerintahan British.

Seorang pegawai kanan di pejabat Ghani berkata gencatan senjata bersyarat itu akan berlangsung selama tiga bulan, sehingga ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad yang diraikan Afghanistan pada 21 Nov.

Pengumuman gencatan senjata berlaku sehari selepas pertempuran meletus di wilayah utara Faryab, kata pejabat kementerian dalam negeri. Taliban telah menguasai sebahagian daerah Bulcheragh dan lebih daripada 50 pasukan kerajaan hilang, katanya.

Sumber: Reuters

Nur Farra