Siakap Keli

Hantu Kak Limah Pecah Rekod Filem Malaysia, 11 Hari Kutip RM20.5 Juta

Penulis tergamam dan bagaikan tidak percaya apabila Astro Shaw menerusi laman Facebook mereka mengumumkan bahawa kutipan kutipan untuk filem Hantu Kak Limah telah mencecah sehingga RM20.5 juta dalam 11 hari tayangan sahaja. Ini juga telah memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Production sebanyak RM18.15 juta.

Dalam kenyataan tersebut juga pihak Astro Shaw mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia bagi pihak penerbit, Mamat Khalid, barisan pelakon dan krew Hantu Kak Limah kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan yang cukup luar biasa terhadap filem ini.

Sumber: FINAS

Rata-rata penonton sangat berpuas hati dengan hasil karya mamat Khalid kali ini dan sebahagian besar dari mereka berharap agar filem berkualiti seperti ini dapat diteruskan bukan sahaja dari Mamat Khalid malah dari pengarah-pengarah lain di Malaysia. Penulis boleh katakan filem Hantu Kak Limah kali ini lebih ringan dan sangat mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Untuk rekod filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini hanya mengutip RM7.9 juta sahaja dan sangat jauh berbeza dengan sambutan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja Hantu Kak Limah kerana berjaya memecah rekod sepanjang zaman dalam industri perfileman Malaysia.

Filem yang penulis merasakan mampu mencabar Hantu Kak Limah ialah filem Munafik 2 terbitan Skop Production yang akan mula ditayangkan pada 30 Ogos 2018. Ini kerana pengarahnya Syamsul Yusof mengerah segala idea kreatif beliau dalam filem ini dan mengeluarkan satu sisi lain terhadap industri filem Malaysia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)