Siakap Keli

Kita ‘Dimomokkan’ Dengan Penularan HIV Melalui Jarum Suntikan Diletakkan Di Tempat Awam, Betul Ke Boleh Berjangkit?

Hari ini, ramai yang buat-buat tahu walaupun tak pasti akan kesahihan berita yang diterima sehingga mempercayainya bulat-bulat.  Isu penularan jangkitan HIV melalui jarum suntikan yang diletakkan merata-rata seperti di dalam panggung wayang, bas dan tandas awam telah membuatkan rata-rata rakyat Malaysia berasa cemas serta tak selamat.

Tahukah anda virus HIV tak boleh tahan lama dalam persekitaran biasa? Ini bermakna kenyataan jarum suntikan yang diletakkan secara sengaja di tempat awam itu boleh membawa kepada jangkitan HIV adalah tidak benar.

Jangkitan ini paling kerap berlaku melalui hubungan seks dan virusnya boleh ditemui pada darah, air mani, lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.

via GIPHY

Perkongsian jururawat, Bel Nawhen melalui akan Facebook miliknya ini wajar dijadikan panduan seluruh rakyat Malaysia agar tak terlalu panik dengan kenyataan tak sahih dan setidak-tidaknya tahu sedikit sebanyak tentang penyakit ini. Semoga bermanfaat ya.

Tular pula tentang jarum yang dikatakan sengaja diletakkan di mana-mana slot tisu di dalam tandas kononnya dikatakan mahu menjangkitkan masyarakat dengan virus HIV.

Anda perlu tahu, virus HIV tidak boleh hidup dalam persekitaran biasa diluar tubuh dan hanya mampu bertahan untuk beberapa minit sahaja.

Virus akan mati apabila terdedah kepada kawasan bukan ditempat pembiakannya atau di sisa darah atau cecair kelamin yang kering.

HIV atau Human Immunodificiency Virus merupakan sejenis virus yang melemahkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.HIV sebenarnya hanya mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

  • Darah
  • Air mani
  • Cecair faraj
  • Susu ibu

HIV juga boleh merebak melalui:

  • Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti samaada melalui faraj, dubur atau mulut. 
  • Penagih yang berkongsi jarum dan alat suntikan.
  • Pemindahan darah dan organ yang telah dicemari dengan virus HIV.
  • Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Walau bagaimanapun virus HIV merupakan virus yang lemah dan tidak bertahan apabila berada diluar badan manusia oleh itu HIV tidak boleh dijangkiti melalui;

  • Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS.
  • Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam.
  • Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS.
  • Bersin, batuk, berpeluh atau kencing.
  • Gigitan nyamuk.

Jika anda mengesyaki terkena tusukan jarum, apa perlu anda buat?

1. Bertenang atau tenangkan mangsa;

2. Cuci luka dengan air yang bersih jika ada atau boleh lalukan dengan air yang mengalir.

3. Jika objek telah tiada atau tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah tidak keluar.

4. Jangan cabut jika objek masih ada.

5. Lakukan tekanan yang berterusan untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.

6. Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.

7. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

8. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.

via GIPHY

Kebiasaannya, Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :

  • Suntikan anti- tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi (jika perlu);
  • Ubat penahan sakit dan antibiotik (jika perlu).
  • Jahitan pada bahagian yang luka selepas beberapa hari sekiranya berlaku koyakan kulit atau tisu badan (jika perlu).

Jika disyaki terkena jarum tercemar dengan virus hiv, saringan darah akan dilakukan bagi mengesan kuman tersebut.

Notakaki:
Dapatkan info sahih. Jika tidak pasti, jangan kongsi.

#BelNawhen
#SayaJururawat

Nur Farra