Siakap Keli

Lahir Sempena Pembukaan Sukan Asia 2018, Bayi Perempuan Ini Dinamakan Adibah Asian Games

PALEMBANG: Seorang bayi perempuan dinamakan Adibah Asian Games sempena hari kelahirannya yang jatuh pada hari sama pembukaan Sukan Asia 2018, Ahad lalu.

“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” ujar bapa kepada Adibah, Yordania.

Menurut Yordania, 38 tahun, selepas kelahiran anak keempatnya itu, dia dan isteri, Veranova, merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia selain turut berharap puterinya itu akan menjadi atlet apabila dewasa kelak.

“Sesuai nama dan tanggal lahirnya, saya sebagai orang tua berharap puteri saya ini nanti menjadi atlet. Atlet berprestasi dan menjadi kebanggan kami,” kata Yordania yang dipetik dari portal detikSport.

“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games.

“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” akhirnya.

Sumber- detikSport

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar