Siakap Keli

“Mungkinkah Saya Hamil Walaupun Dah Pasang IUD?,” Dr. Muhammad Izzat Beri Penjelasan

Terdapat pelbagai jenis kaedah perancangan keluarga yang boleh digunakan bergantung kepada kesesuaian pasangan serta perbincangan teliti daripada doktor.

Ada yang memilih untuk memakan pil perangan keluarga kerana kaedah ini antara yang paling murah dan mudah namun sesetengah daripada wanita agak tidak selesa dengan kesan sampingan daripada pil tersebut.

Selain pil dan suntikan, ada satu lagi kaedah perancangan keluarga melalui alat ‘halangan’ berbentuk T yang perlu dimasukkan ke dalam rahim wanita.  Ada yang menganggap proses ini menyakitkan tapi, apa kata kalau kita baca dulu perkongsian Dr. Muhammad Izzat mudah-mudahan dapat membantu prosedur pemasangan anda.

Alat ni berupa plastik kecil yg bersalut dgn dawai kuprum yang diletakkan dalam rahim. Ianya ada 1 atau 2 benang halus pada hujungnya supaya boleh nampak tergantung pada pangkal rahim ( serviks )

IUCD boleh berfungsi sebagai alat perancangan keluarga selama 3, 5 atau 10 tahun bergantung pada jenisnya. Kalau ada dah berumur 40 tahun atau lebih, bila IUCD ni dipasang, ianya akan berfungsi sebagai perancangan keluarga sehinggalah mencapai umur menopos. Dah menopos, tak perlu lah lagi pakai perancangan keluarga kan. Bukan utk mereka yg berumur 40 tahun je, mana-mana peringkat usia pun boleh pakai setelah dipikirkan sesuai oleh Dr.

Kadang2 IUCD ni dipanggil ‘coil’ atau ‘copper coil’. Ada pelbagai jenis dan saiz

99% berkesan untuk mengelakkan dari mengandung – maka sangatlah sesuai utk digunakan. Kurang dari 1 dalam 100 wanita yang menggunakan IUCD sebagai teknik merancang keluarga akan mengandung dalam 1 tahun. Jika IUCD digunakan selama 5 tahun, kurang dari 2 dalam 100 wanita yg menggunakan IUCD akan mengandung sepanjang 5 tahun tu. Efektif kan?

Bila dah pasang IUCD tu boleh digunakan sehingga sekurang-kurangnya 5 tahun( mengikut jenis) dan tak perlu dah nak ingat nak makan ubat hari-hari seperti pil perancang.

Period mungkin jadi lebih banyak, panjang atau sakit. Tetapi akan beransur seperti sediakala selepas beberapa bulan. Tapi perlu ingat, IUCD tidak melindungi seseorang wanita itu untuk mendapat penyakit bawaan kelamin kerana fungsinye hanya utk mencegah kehamilan terjadi.

Risiko-risiko yg berkaitan dgn IUCD

  • Risiko kecil mendapat jangkitan kuman untuk 20 hari pertama lepas IUCD dimasukkan.
  • IUCD boleh terkeluar dari rahim. Mungkin anda pun Tak sedar iucd perkara ni berlaku. Nnti misi atau Dr akan ajar mcm mana nak periksa IUCD ni masih ada atau tak dgn meraba hujung benang halus pada hujung IUCD tu.

  • Jarang berlaku, tapi ada risiko kecil IUCD ni boleh tertembus masuk ke dalam dinding rahim dalam proses memasukkan alat ini. Risiko ini terjadi lagi tinggi jika anda baru lepas bersalin. Sympom merangkumi sakit tapi selalunya takda apa-apa sebab bahagian yg tertembus tu boleh baik dan sembuh dgn sendirinya. Walau bagaimanapun, kejadian IUCD tertembus ni dikurangkan jika prosedur dilakukan oleh doktor yg berpengalaman.
  • Walaupun susah untuk mengandung jika dah dimasukkan IUCD, tapi JIKA MENGANDUNG, risiko utk dpt kehamilan luar rahim meningkat. Perlu diingatkan, dengan pemakaian IUCD tidak meningkatkan risiko sesorang wanita tu utk dapat kehamilan luar rahim jika dibandingkan dgn orang yg tak menggunakan apa-apa teknik perancangan keluarga.

Bila boleh masukkan IUCD?

  • Boleh dimasukkan bila-bila masa dalam kitaran haid, dengan syarat anda TAK mengandung.

Bagaimana Dr nak masukkan IUCD?

  • IUCD dimasukkan ke dalam rahim. Pemeriksaan pada bahagian perut dilakukan untuk menentukan kedudukan rahim.
  • Masukkan IUCD tak lama pun, paling lambat dalam 5 minit. 
  • Mungkin akan ada sakit sikit mcm cramping pain dan pendarahan sedikit tapi untuk beberapa hari saja lepas IUCD dimasukkan. Kalau perlu baru makan ubat tahan sakit.

Jumpa Dr dan tanya pasal IUCD. Mungkin ini adalah yg terbaik untuk anda dalam membantu menjarakkan kelahiran. Untuk makluman anda, kawan-kawan doktor perempuan saya pun ramai menggunakan kaedah IUCD sebagai teknik perancangan keluarga. Tengok tu, doktor pun menggunakan sekurang-kurangnya kaedah yg berkesan, bukan rancang-rancang sendiri sebab takut ‘melekat’ lagi.

Every pregnancy is a planned pregnancy. Takda eksiden eksiden punya

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

Nur Farra