Siakap Keli

(Video) Kanak-Kanak Ini Sempat Nyanyikan Lagu Buat Bapa Sebelum Dibunuh Bersama Ibu Dan Adiknya

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut bersama ibu dan adiknya selepas dibunuh oleh bapanya sebelum mayat mereka disembunyikan dalam tangki gas dan minyak bagi mengelak bau busuk.

Ibunya, Shannan, 34, dilaporkan sedang hamil 15 minggu sewaktu dibunuh.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook milik Shanann, anaknya sulungnya, Bella dilihat duduk di dalam kereta sambil menyanyikan sebuah lagu untuk bapanya sebelum insiden tragis tersebut berlaku.

https://youtu.be/PR7UeM7wSr4

“Bapa saya seorang wira, dia membantu saya membesar dengan kuat.

“Dia membaca buku saya, dia mengikat tali kasut saya, kamu seorang wira. My daddy, daddy, saya sayang kamu,” nyanyi Bella memuji ayahnya.

Menurut laporan yang dipetik dari Mirror Online, mayat Bella, 4, dan Celeste, 3, dilaporkan ditemui di tempat kerja bapa mereka, Chris Watts manakala mayat Shanna ditemui dekat sebuah pelantar minyak.

Chris Watts dilaporkan didakwa membunuh isteri dan dua anakanya sebelum menyembunyikan mayat mereka di dalam tangki bagi mengelakkan bau busuk tersebar.

Polis percaya bahawa kesemua mangsa telah dibunuh terlebih dulu di kediaman mereka yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat sebelum di pindahkan ke tangki minyak.

Kawasan tangki minyak. Sumber Foto: Dailymail
Kawasan tangki minyak.
Sumber Foto: Dailymail

Sebelum kejadian, Shanann dikatakan pulang sekitar pukul 1 pagi padaa hari Isnin berikutan pekerjaannya yang memerlukan dia terbang ke luar daerah dan anak-anaknya tinggal bersama suaminya di rumah.

Bagaimanapun, menurut Watts, terakhir dia melihat isterinya pada jam 5.15 pagi Isnin, ketika dia keluar pergi bekerja.

Menurutnya lagi, dia bimbang apabila isterinya kemudian tidak membalas mesej pagi itu dan dia menjadi lebih panik apabila seorang kawan pergi ke rumahnya pada waktu tengah hari dan tidak ada jawapan.

Punca dan motif pembunuhan tersebut masih belum didedahkan pihak polis berikutan perbicaraan akan diadakan pada Isnin di Mahkamah.

Sumber-  Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar