Siakap Keli

Banteras Aktiviti Haram, Kelab Gay Terkenal Di Ibu Negara Sah Diserbu – Khalid Abdul Samad

Satu ‘serbuan’ yang dikatakan dibuat ke atas sebuah kelab gay terkenal di ibu negara baru-baru ini, telah disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Menerusi satu portal berita, serbuan tersebut dilakukan menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) siri ke-46, dalam usaha bagi membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan rakyat.

Ops Bah yang diketuai Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan  Md Ikshan turut dilakukan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin dan PPR Sri Aman.

Memetik satu kenyataan di facebook Ahli Parlimen Shah Alam itu, katanya, pihak kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini. Semoga inisiatif yang diambil ini, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak ke dalam masyarakat kita.

Baru-baru ini, sebuah kelab gay didakwa beroperasi lebih 30 tahun di Bukit Bintang, diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Bah.

Sebuah akhbar melaporkan,  ketika serbuan, kira-kira 60 lelaki termasuk pengunjung dan pelayan, serta dua wanita merupakan pekerja berada dalam kelab itu.

Hasil pemeriksaan mendapati kelab berkenaan merupakan tumpuan pelancong asing dan warga tempatan.

Seramai 20 lelaki Melayu diberi notis kaunseling oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di