Siakap Keli

‘Kantoi’ Langgan Pelacur Untuk Khidmat Seks, Empat Atlet Bola Keranjang Jepun Dihantar Pulang Dari Sukan Asia 2018

JAKARTA: Empat pemain bola keranjang pasukan dari Jepun dihantar pulang dariapda Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas didapati melanggan pelacur di sebuah hotel di sana.

Menurut Ketua delegasinya, Yasuhiro Yamashita yang mengesahkan kejadian, atlet-atlet tersebut meninggalkan kawasan perkampungan sukan selepas tamat aksi bertemu Qatar pada Khamis lalu untuk makan di sebuah restoran sebelum bertemu rakyat tempatan yang boleh berbahasa Jepun yang kemudiannya memberitahu mereka mengenai sebuah bar untuk bertemu wanita.

Para pemain tersebut pergi ke bar berkenaan dengan masih memakai jersi pasukan dan menghabiskan beberapa jam di situ sebelum memasuki hotel bersama empat wanita dan hanya keluar pada pagi Jumaat lalu

Empat orang  yang terlibat adalah Takuya Hashimoto, Keita Imamura, Yuya Nagayoshi dan Takuma Sato.

Jelas Yamashita, JOC sangat memandang serius terhadap isu disiplin yang melibatkan atlet mereka.

“Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC) memutuskan untuk menarik akreditasi mereka dan menghantar mereka pulang ke Jepun pagi tadi,” ujar Yamashita.

“Kami memiliki kod disiplin yang spesifik, jadi tindakan itu melanggar peraturan yang ditetapkan delegasi Jepun. Atlet sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam semua aspek.”

“Selepas tiba di sini, ketua kontinjen dan pegawai tertinggi lain sudah menegaskan bahawa atlet perlu menjadi contoh di Jakarta.

“Sangat mengecewakan kerana selepas pelbagai arahan dikeluarkan, isu seperti ini tetap terjadi. Sebagai ketua delegasi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Jepun.”

Tambahnya lagi, semua atlet terbabit pulang ke Jepun dengan perbelanjaan mereka sendiri.

“Lapan pemain yang masih tinggal, pegawai dan jurulatih akan kekal berada di sini untuk meneruskan perlawanan.”

Sumber-BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar