Siakap Keli

Kenapa Orang Tua Selalu Pesan Jangan Minum Sejuk Atau Makan Ais Krim Ketika Batuk? Ini Jawapannya

Dari dahulu lagi, mungkin sejak daripada kanak-kanak, kita selalu mendengar pesan orang-prang tua jika batuk, elakkan daripada meminum minuman berais atau makan makanan sejuk seperti ais krim. Walaupun ketika itu kita tidak mengerti, kita ikut sahaja.

Malah kami yakin, hingga sekarang, pesanan igtu dibawa turun temurun dan anda sendiri mungkin pada hari ini memberi nasihat yang sama kepada anak-anak setiap kali mereka demam kan. Begitulah hebatnya pesanan orang-orang tua kita dahulu.

Namun sebernarnya, alasan tidak membernarkan ais dan makanan sejuk diambil ketika anda sedang batuk sudak dibuktikan melalui saintifik dan ada sahihnya dalam dunia perubatan, seperti info-info ilmiah yang dikongsikan oleh Dr. Abdul Rahim ini.

Nak tahu apa kaitannya sejuk dengan batuk? Jom baca perkongsian beliau di bawah.

ILMU BATUK & SELSEMA. Artikel 777. ( Jawapan daripada Artikel 776)

” Boleh tak MINUM AIS atau AIS CREAM ketika Batuk Selsema ? Mengapa ketika ni AIR SUAM PANAS terbaik?

A. Nak bedal ais ke, ais kacang ke, ais krim ke. Dipersilakan. Rezeki selera kita time cuaca panas-panas ni. Tapi kalau Doc/anda dijangkiti BATUK, SELSEMA atau BERKAHAK try elak atau corner daripada AIS atau AIS CREAM .

Ni sebab-sebabnya Doc nak share dengan you’ll sebagai ilmu bersama :

A. Doc dan you’ll suka betui minuman ais atau ais krim. Bila Doc/ anda telan je ais/ais krim, ia bergerak ke bawah esofagus anda (saluran makanan) bersebelahan trakea anda (saluran penafasan) menjadi SEJUK daripada Suhu badan anda. Badan anda cara automatik akan respond dengan “cough refkeks”/ refleks batuk sebagai respond bila keadaan di kawasan tu terlalu sejuk yang lama.

B. Apatah lagi jika Doc/anda berkahak/mukus/ lendir berada di persimpangan esofagus/trakea ni, ia memburukan lagi keadaan bila esofagus/trakea disejukkan oleh ais/ais krim, kahak mengeras dan jadi lebih tebal dan melekek serta ganggu saluran penafasan dan makanan anda. Maka badan bertindak balas dengan BATUK bertubi-tubi untuk CLEAR UP saluran-saluran ni daripada kahak ni untuk mudahkan anda bernafas. Apatah lagi kalau you’ll ada Asthma.

Waspada tau! Kalau kahak tersumbat. Lelah lagi teruk. Kuman membiak. Kalau kuman merebak keatas ke hidung anda. SELSEMA le anda. Kalau kuman di kahak masuk paru-paru terutama kanak-kanak. PNEUMONIA le diterima. Terpaksa le ramai ibubapa mai suruh Doc SEDUT KAHAK anak-anak mereka sebab anak mereka susah menyusu atau bernafas bila NEUBULISER tak beri kesan.

Tapi ingat : Dilarang beri makan minum 2 jam kepada kanak-kanak sebelum buat SEDUTAN / SUCTION KAHAK. Supaya masa sedutan kahak susu/makanan tak kekuar bersama kahak. Semasa sedutan kahak Doc/doktor pakar tu akan ajar anda cara menepuk belakang badan kanak-kanak/ physiotherapy mengeluarkan kahak ketika Suction.

C. Air suam panas terbaik sebab suhunya lebih kurang sama dengan suhu fisiologi badan Doc/ anda. Ia merangsang metabolisme tubuh dengan tingkatkan aliran darah ke seluruh tubuh kita dan fungsinya. Jika dalam keadaan sejuk batuk, AIR SUAM PANAS membantu mencairkan lagi membersihkan kahak, kurangkan keradangan kerengkung dan ” cough refkeks” di perantaraan saluran mknn dan trachea. Maka batuk, selsema dan kahak berkurangan.

Maka Terbaik minum Air Suam Panas jika anda BATUK, SELSEMA atau BERKAHAK. Tapi Tiada halangan jika anda masih suka minum AIS atau AIS KRIM ketika ni jika anda rasa berbaloi.

Ada soalan, Doc jawap bila Doc lapang.

Daripada Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.

Sumber : Dr. Abdul Rahim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.