Siakap Keli

Kerapu Gergasi Berusia 40 Tahun Seberat 78 Kg Berjaya Dibida Dengan Harga RM 161 Ribu

Seekor kerapu gergasi yang dilelong di selatan China dengan harga 270,000 yuan (AS$39,300) atau bersamaan lebih RM161,000 akan dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan restoran, menurut pemenang kepada pembida tertinggi ikan tersebut.

Seberat 78 kilogram, tangkapan itu antara hasil terawal pada musim menangkap ikan di Beihai, wilayah Guangxi Zhuang, lapor Beijing Youth Daily.

Ikan tersebut ditangkap pada awal pagi Sabtu dianggarkan berusia antara 30 hingga 40 tahun kerana ukurannya yang sepanjang 1.5 meter.

Bagai penduduk China, peluang menikmati hidangan hasil tangkapan awal pada musim ini dikatakan akan membawa tuah.

Bidaan ikan yang mendapat jolokan “Raja Ikan” itu pada mulanya dibida sebanyak 21,888 yuan dan meningkat sehingga 270,000 yuan hanya selepas 10 minit.

“Saingan sengit untuk mendapatkan ikan itu sebaik lelongan bermula kerana setiap peniaga yang terlibat mahu mendapatkannya,” kata seorang pemerhati proses itu.

Akhirnya seorang wanita yang juga merupakan seorang pemilik restoran berjaya memilikinya dan merancang untuk memasaknya untuk dijual kepada pelanggan.

Selain kerapu gergasi itu, tujuh jenih ikan lain turut dilelong dan mereka berjaya mengumpul sebanyak 400,000 yuan bagi tujuan kebajikan.

Sumber : South China Morning Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.