Siakap Keli

”Masa Nak Ambil Anak Punyalah Manis Mulut”, Habis Lebam Satu Badan, Pengasuh Disyaki Dera Anak Jagaan

Sudah banyak berita yang  melaporkan tentang penderaan kanak-kanak di bawah jagaan pengasuh hingga ada yang membawa kematian. Namun sikap pengasuh nampaknya semakin menjadi-jadi kerana seakan tidak pernah serik berhubung hukuman terhadap penderaan anak asuhan.

Terbaru, seorang pengguna facebook Chuby Zee berang dengan sikap pengasuh anak saudaranya yang didakwa mendera kanak-kanak itu hingga lebam pada seluruh badan. Bermulut manis hingga mereka sama sekali tidak menyangka pengasuh tersebut boleh bertindak demikian.

Setelah soal-siasat dijalankan, pengasuh tersebut telah ditahan reman oleh polis sehingga siasatan selesai. Moga kisah ini menjadi pengajaran bagi ibu-bapa lain untuk memantau anak mereka yang berada di bawah jagaan pengasuh kerana tidak semua orang boleh dipercayai walaupun luarannya kelihatan baik.

Puas hati hang duk dalam lokap buat anak orang.. anak kak aku sendiri hang boleh buat macam nie..

Hari-hari bapak aku ambik anak kak aku hang punya manis mulut.. rupanya hang perempuan jahat..

20/8, 7.00 pagi – awal pagi kak aku hantar p umh pengasuh.. patut laa setiap kali hantar Ayden kalih muka sebab tau la kot hang selalu duk buat kat dia.

10.00 pagi onward – Hang boleh mesej kak aku tunjuk gambar anak dia macam nie.. hang cakap hang tak tau apa jadi.. kak aku balik dari office meneru pi umah hang.. hang pegang Ayden sama-sama bawa kak pi hospital.. Doc X-ray & ambik darah tak da masalah apa-apa pun..

Lastly memang kes dera laa.. Pihak hospital terus call polis laa. Haaa laaaaa dah KES DERAAA WEEHHHHH.. polis soal siasat kak aku, dia semua tetap tak mengaku..

Polis bawa semua pi balai sebab nak cari punca dia.. nasib laa polis nie memang pandai bab-bab soal.. tanya anak dia yang umur 4 tahun.. anak 4 tahun boleh cakap mak dia memang selalu duk buat Ayden..

 

Apa lagi polis memang soal laa hang ooiiiii.. hang memang kurang ajar.. hang boleh buat tak tau apa berlaku.. lasttt memang hang kena sumbat lokap..

Tak habis lagi hang boleh sembur kak aku cakap tak suka anak dia.. tak suka pun budak tau apa.. duk bayar duit hang untuk jaga bukan buat anak orang.. Sekarang hang merasa laaa duk lokappp nah perempuan !!!!

Kasi viral… sebab tak mau baby-baby lain jadi mangsa hang. Jangan hang tunjuk muka hang kat taman.. memang hang akan kena hempok !!!!!!

Sumber : Chuby Zee

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.