Siakap Keli

Pedofilia Paling Gila, Sorok Timbunan Sarung Tangan Getah Yang Digunakan Untuk Rogol Kanak-Kanak Dan Seluar Dalam Di Bilik Bawah Tanah

Gila. Itu yang boleh menggambarkan tentang perilaku seorang pedofilia yang dihukum penjara 28 tahun selepas polis menemui timbunan sarung tangan getah yang disumbat dalam dinding dipercayai digunakannya untuk merogol kanak-kanak.

Anthony Wood, 30, menggunakan sarung tangan sebagai satu langkah pencegahan kehamilan ketika melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak selama beberapa tahun.

Lebih jijik, dia turut mengugut untuk membunuh kanak-kanak terbabit jika mereka mendedahkan tentang perbuatannya kepada orang lain, mahkamah diberitahu.

Gambar : Anthony Wood

Penyiasat menemui timbunan sarung tangan getah di dalam dinding sebuah bilik bawah tanah berserta seluar dalam yang disumbat di siling sebuah rumah yang digeledah pada November 2017.

Bukti forensik itu membantu membuka kes terhadap Wood, yang didakwa dengan 18 kesalahan termasuk lapan tuduhan merogol seorang budak lelaki berusia 15 tahun, tujuh tuduhan merogol seorang budak perempuan berumur 15 tahun dan tiga tuduhan serangan dengan menyentuh seorang budak perempuan berusia 13 tahun.

Mahkamah mendengar dia adalah seorang lelaki yang ‘ganas dan kasar’ dengan polis menyatakan bahawa dia tidak pernah mempunyai tanda-tanda untuk mengakui apa yang telah dilakukannya.

Wood, dari Nottingham, telah dipenjara selepas didapati bersalah pada 14 Ogos selepas perbicaraan selama tujuh hari dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Crown Nottingham.

Dia akan menjalani hukuman penjara 28 tahun.

Bercakap selepas hukuman dijatuhkan, Detektif Konstabel Cherie Sisson berkata: “Wood adalah orang yang ganas, kasar dan suka memanipulasi kerana keinginan kuasa.

“Sepanjang temubual berlangsung, dia tidak menunjukkan sebarang emosi dan cuba menyatakan bahawa itu semua adalah satu pembohongan rumit.

“Dia tidak pernah mempunyai sikap untuk mengakui apa yang telah dilakukannya, dia tidak pernah menunjukkan penyesalan kerana memusnahkan zaman dua kanak-kanak.

“Saya tidak pasti mengapa Wood mengaku tidak bersalah, tetapi saya gembira kerana hakim berpandukan keterangan bukti yang besar dan saksi kedua-dua mangsa.

”Saya tidak berkata hukuman ini akan membantu mangsa untuk meneruskan hidup kerana saya sendiri tidak pasti bagaimana seseorang boleh pulih selepas melalui penderaan sebanyak ini,” katanya.

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.