Siakap Keli

Takut Ditinggalkan, Lelaki Belanja Duit Pasang 300 Papan Tanda Mohon Maaf Daripada Buah Hati

Seorang usahawan muda di India sanggup membelanjakan wang dengan memasang lebih daripada 300 billboard (papan tanda) hanya semata-mata mahu memohon maaf dan mendapatkan kembali teman wanitanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis kesalahan Nilesh Khedekar, 25, sehinggakan dia terpaksa mengambil tindakan sedemikian rupa. Bagaimanapun, netizen berpendapat berdasarkan tindakan yang diambil Nilesh itu, kesalahan yang dilakukannya sememangnya cukup besar.

Menurut laporan akhbar tempatan, Nilesh bertindak mengupah beberapa orang remaja untuk memasang papan tanda setelah mendapat tahu bahawa kekasihnya, Shivde kembali ke tempat tinggalnya, Pimple Saudagar dari Mumbai. Idea kreatifnya adalah untuk mendirikan seberapa banyak papan tanda permohonan maaf ”Saya minta maaf, Shivde”  kepada kekasihnya.

Suatu hari, ketika penduduk tempatan bangun tidur dan mahu bergerak ke tempat kerja masing-masing, mereka terkejut melihat papan tanda itu dipasang di merata tempat. Orang ramai yang terkejut dan pada masa yang sama merasa kagum kemudian mula mengambil gambar dan berkongsi gambar-gambar tersebut di media sosial masing-masing.

Walaupun netizen menganggap tindakan lelaki tersebut sebagai romantik kerana sanggup bersusah payah untuk memohon maaf pada kekasihnya, namun pihak polis mempunyai pandangan berbeza.

Menjelang petangnya, pihak polis membuang semua papan tanda tersebut selain turut menjejak syarikat pencetakkan, Nilesh serta budak-budak upahannya bagi mendapatkan keterangan. Menurut polis, yang kemudian berjaya mendapat keterangan Nilesh, berkata pemuda itu mahukan kemaafan daripada kekasihnya dan sanggup menghabiskan wang memasang papan tanda di sepanjang jalan menuju ke Pimple Saudagar daripada Mumbai, supaya Shivde melihatnya.

Malangnya, tindakan Nilesh itu membawa padah apabila mendapat kritikan datipada Majlis Tempatan Pimpri-Chinchwad atas kesalahan mencemarkan pemandangan, setelah menghabiskan sekitar USD 1000 untuk mencetak dan memasang semua papan tanda tersebut.

”Semuanya bertukar menjadi tidak kena. Idea saya adalah mahu memohon maaf padanya dengan cara paling kreatif. Namun, saya fikir saya tidak patut melakukannya. Saya mengecewakan keluarga saya dan memalukan keluarga kekasih saya,” kata Nilesh, yang tidak dapat dipastikan sama ada Shivde telah memaafkannya atau sebaliknya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Odmt03vaXWc]

 

Sumber : Oddity Central

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.