Siakap Keli
NO PERMISSION PLEAS LEGAL ALL PICTURES TAKEN FROM FACEBOOK

Tewaskan 40 Peserta Lain, Gadis Sindrom Down Ini Berjaya Dinobat Sebagai Ratu Cantik Remaja Dunia

Menghidapi sindorm down bukanlah menjadi penghalang untuk gadis ini berjaya merebut gelaran ratu cantik remaja dunia sekali gus menewaskan 40 peserta yang lain.

Kate Grant, 19, yang berasal dari Ireland ini memenangi pertandingan ratu cantik remaja dunia yang di adakan di Portadown.

Sebagai juara pertandingan tersebut, Kate ingin kesemua orang yang memiliki kelainan upaya untuk sentiasa percaya diri dengan mengetahui bahawa ‘makna kecantikan sebenar adalah siapa diri anda, bukan bagaimana anda kelihatan.’

“Baik hati, belas kasihan dan kecerdasan, itulah kecantikan yang muktamad.

“Jika itu yang juri lihat dalam diri saya maka saya amat gembira,” jelas Kate.

Pertandingan itu memiliki tiga kategori umur iaitu untuk kanak-kanak, remaja dan wanita berusia 20 tahun ke atas serta terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengambil kira berat, ketinggian atau status perkahwinan sekaligus menyokong Yayasan Make-A-Wish, sebuah badan amal untuk membantu merealisasikan impian kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal.

Gadis yang telah terlibat dengan dunia peragaan sejak berusia 13 tahun ini menjelaskan kepada The Mirror bahawa impiannya untuk memberi inspirasi kepada golongan muda yang menghidap sindrom down telah menjadi kenyataan.

Menurut ibunya, Deirdre, perjalanan hidup anak kesayangannya itu tidaklah semudah yang disangkakan kerana sebelum ini dia sentiasa menghantar e-mel gambar Kate kepada agensi tetapi kebanyakan menolaknya kerana anaknya itu penghidap sindrom down.

Bagaimanapun,  Deirdre kemudiannya memuat naik gambar Kate sewakty majlis prom dan bertanya kepada pengikutnya sama ada anak perempuannya boleh menjadi seorang model dan tak terduga, foto  tersebut dikongsi sebanyak 26,000 kali dan mendapat perhatian pengarah pertandingan tersebut, Taylor-Rae Hamilton yang mempelawa Kate untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Sumber- MirrorUk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar