Siakap Keli

(Video) “Kenapa Bayar Sampai RM555 Juta Guna Dana LTAT? Saya Amat Marah Sekali,” – Anthony Loke

Menteri pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kemarahannya setelah mengetahui sejumlah RM555 juta telah disalur dan dibayar kepada 2 syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di buat oleh kerajaan terdahulu menggunakan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Sehingga bulan Mei 2018, jumlah bayaran kepada kedua-dua syarikat ini bernilai RM129 juta.”

“Memang angka ini kalau kita kira balik jumlah saman dibayar dan diterima akan lari sikit, jadi kita akan audit dengan teliti angka-angka ini.”

“Setakat ini jumlah keseluruhan kamera adalah sebanyak 47 unit.  Saya difahamkan 1 kamera bernilai lebih kurang RM250 ribu, maksudnya jumlah pelaburan lebih kurang RM10 juta sahaja tapi mereka terima sehingga RM129 juta.”

“Mereka kaut untung jauh lebih tinggi.”

“Apa yang menjadi isu sekarang adalah jumlah RM555 juta dibayar kepada 2 syarikat ini dibuat melalui dana LTAT.  Kenapa bayar RM555 juta? Sebab dia cakap ada unjuran dan guna dana tersebut sebagai pampasan.”

“Perjanjian ini amat berat sebelah dan saya amat marah sekali melihat perjanjian ini ditandatangani.”

Nur Farra