Siakap Keli

17 Perkataan English Menarik, Dieja Secara ‘Forward’ Atau ‘Backward’ Bunyinya Tetap Sama

Terdapat pelbagai bangsa di atas dunia, dan uniknya, setiap bangsa mempunyai bahasa pertuturan mereka yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada istilah-istilah tersebut dipinjam daripada bahasa berbeza, penggunaannya tetap menjadi satu lambang identiti tersendiri buat si penuturnya.

Selain lima bahasa utama dunia antaranya bahasa Mandarin, Inggeris dan Perancis, terdapat juga bahasa-bahasa yang bersifat kenegerian seperti yang ada di Malaysia. Misalnya Dialek Melayu Kedah, Dialek Melayu Kelantan dan Dialek Melayu Perak.

Tetapi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 17 perkataan unik dalam bahasa Inggeris sama ada anda mengeja secara kedepan (forward) atau kebelakang (backward), hasilnya tetap perkataan, bunyi dan maksud yang sama. Lepas ni, bolehlah anda permainan teka-teki dengan kenalan anda menggunakan ‘trick’ unik ini.

1. Racecar

Kami pasti ramai daripada pembaca kami meminati filem aksi perlumbaan mengujakan seperti Fast and Furious. Racecar membawa maksud kereta lumba. Jika dieja kedepan atau kebelakang, perkataan yang sama tetap terhasil.

2. Civic

Tidak kisahlah sama ada kereta Honda Civic atau terkait dengan tingkah laku moral anda, perkataan sivik yang dieja di dalam bahasa Inggeris tetap sama walau dieja kedepan atau kebelakang.

3. Deifeid

Deifeid di dalam bahasa Melayu membawa maksud menyembah atau mengagumkan, misalnya menyembah Tuhan.

4. Level

Perkataan level memang perkara biasa terutamanya jika anda kaki gaming. Level jugalah yang menentukan sama ada anda seorang amatur ataupun profesional dalam sesuatu permainan. Tetapi anda mungkin tidak pernah perasan perkataan level boleh dieja secara forward dan backward.

5. Lemel

Lemel merujuk kepada satu logam berkilat sama ada perak atau emas. Istilah lemel seringkali digunakan dalam industri barang perhiasan.

6. Madam

Jika anda mahu merujuk seseorang wanita dengan panggilan terhormat, istilah Madam mungkin yang paling sesuai digunakan.

7. Minim

Minim adalah sejenis ukuran. Tak pernah dengarkan? Minim merujuk kepada ukuran untuk menggambarkan isipadu berjumlah setitik.

8. Murdrum

Manakala murdrum pula istilah yang digunapakai untuk merujuk tindakan membunuh individu tidak dikenali secara rahsia.

9. Mom

Mom, mother, mummy adalah istilah yang sama merujuk kepada wanita yang melahirkan kita. Tetapi Mom, dieja forward atau backward, bunyinya tetap sama.

10. Noon

Noon merujuk kepada siang, iaitu waktu paling sesuai untuk melakukan segala aktiviti yang kita mahukan.

11. Radar

Mungkin anda merujuk kepada alat penjejak elektronik atapun boleh jadi merujuk kepada deria peka anda. Sama sahaja, kedepan atau kebelakang. Radar tetap radar.

12. Refer

Jika seseorang mencadangkan (refer) anda kepada orang lain, percayalah anda sememangnya seorang individu yang berkebolehan.

13. Repaper

Repaper adalah istilah yang merujuk kepada perlakuan menukarkan kertas dinding rumah yang lama kepada yang baru.

14. Rotator

Rotator merujuk kepada pekerja yang bertanggungjawab melakukan sesuatu pekerjaan secara berulang-ulang.

15. Rotavator

Jika anda seorang peladang, anda sudah tentu pernah mendengar perkataan Rotavator.

16. Saga’s

Saga’s atau saga merujuk kepada peristiwa besar atai kisah yang panjang.

17. Tenet

Perkataan tenet adalah satu istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada kepercayaan, pegeangan atau pendapat.

Sumber : Reader Digest

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.