Siakap Keli

Facebook Sekat 652 Page Palsu Anti-Saudi, Anti-Israel Dan Pro-Palestin

Dua pengendali media sosial terbesar dunia, Facbook dan Twitter.inc dalam satu kenyataan berkata masing-masing telah memadam beratus-ratus akaun media sosial peribadi palsu, kebanyakkan berpusat di Iran dan Rusia dalam usaha menjadikan menjadikan kedua-dua platform tersebut lebih ‘bersih’.

Kedua-dua syarikat tersebut dikatakan masing-masing telah memadam sekitar 300 akaun, dalam satu kenyataan mendakwa semua akaun-akaun tersebut dikatakan menyiar propaganda Iran, termasuklah menjadikan isu-isu anti-Saudi, anti-Israel dan pro-Palestin sebagai tema utama.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam usahanya untuk membersihkan nama daripada skandal Cambridge Analytica berkata, syarikatnya telah memadam jumlah keseluruhan 652 page, kumpulan dan akaun yang kebanyakkannya berpangkalan di Timur Tengah, Amerika Latin, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tindakan terbaru Facebook dalam cubaan untuk membersihkan platform media sosial tersebut muncul selepas sebuah syarikat keselamatan siber, FireEye memberi maklumat berhubung penggunaan platform tersebut sebagai alat menyebarkan propaganda Iran dan Rusia.

Facebook sebelum ini didakwa menyalahgunakan maklumat peribadi lebih 50 juta penggunanya di Amerika Syarikat yang turut mempengaruhi keputusan pilihan raya negara berkenaan.

Sumber : Express UK

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.