Siakap Keli

Gara-Gara Cikgu Komen Berat Badan 50Kg, Gadis Ini Tekad Diet Hingga Tinggal 25 Kg, Sudahnya Hampir Maut Koma 40 Hari

Seorang wanita anorexia di utara China terselamat dari maut apabila satu keajaiban berlaku apabila dia terjaga selepas 40 hari koma.

Xiaoxian yang berusia 21 tahun dari wilayah Heilongjiang hanya seberat 25 kilogram semasa dia mengalami pendarahan otak kerana terjatuh di hospital semasa sedang mendapatkan rawatan.

Menurut New Evening Post, wanita itu terjatuh akibat kekurangan tenaga untuk berdiri disebabkan program diet yang melampau di mana dia telah kehilangan berat badan sebanyak 30 kilogram dalam tempoh tiga tahun.

”Dia mengalami malnutrisi yang teruk dan beberapa organnya juga gagal berfungsi.

”Ini adalah satu keajaiban untuk dia hidup, memandangkan diet rendah tenaga yang diamalkannya,’‘ kata Min Ya, doktor yang merawat Xiaoxian di hospital.

Difahamkan, Xiaoxian yang berusia 167 cm, mula berdiet pada usia 18 tahun selepas seorang kaunselor di sekolahnya memberi komen mengenai berat badannya yang pada masa itu adalah 50 kilogram.

Setelah itu, dia nekad berdiet dengan mula menghadkan pengambilan kalori kepada 450 joule iaitu satu pertiga daripada tenaga yang diperlukan untuk metbolisma normal.

Tidak cukup dengan itu lagi, dia juga turut mengambil makanan tambahan diet yang menyebabkan dia muntah supaya berat badan dapat turun.

”Jisim badannya hanya 9, sepatutnya orang dewasa perlu berada di angka 18,” kata doktor lagi.

Doktor takut dia akan mengalami kesan selepas tersedar dari koma tetapi selepas itu Xiaoxian bukan sahja dapat bergerak tetapi turut meminta makanan, lapor New Evening Post.

Pada rabu lalu, beratnya telah naik sebanyak 10 kg.

”Doktor, saya harap berat saya nanti boleh mencapai 54kg,” kata Xiaoxian.

Tetapi bagaimanapun menurut doktor, beberapa kesan penyakit mungkin akan kekal. Salah satunya, tisu otaknya kini sama dengan orang yang berusia 6o tahun.

Oleh itu, doktor menggesa orang ramai untuk tidak mengambil mudah dengan bahaya anorexia dan harus mengelak untuk mengamalkan diet yang tidak betul.

Sumber : South China Morning Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.