Siakap Keli

”Hancur Luluh Tengok Parcel Koyak, Handphone Hilang Tinggal Charger Je” – Rugi Hampir 3 Ribu, Wanita Luah Rasa Kesal

Siapa yang tidak merasa marah terutamanya peniaga online yang mencari rezeki melalui jual beli atas talian andai parcel yang sepatutnya sampai ke tangan pelanggan dikoyak dan dicuri. Begitulah nasib seorang wanita yang terpaksa menanggung kerugian hampir RM3,000 angkara sikap tidak bertanggungjawab individu lain.  Lebih teruk, dua lagi parcel miliknya turut hilang tanpa dapat dikesan.

Mangsa yang mendakwa kejadian itu dilakukan oleh kakitangan dalaman syarikat perkhidmatan kurier meluahkan rasa sedih dan kesal atas kejadian yang menimpanya itu. Kes parcel dikoyak dan barangan pelanggan hilang atau dicuri bukannya satu isu baru. Walaupun laporan polis telah dibuat, persoalannya sampai bila masalah ini akan terus berlaku?

Sudah tiba masanya pihak pengurusan Pos Laju perlu menangani perkara ini dengan lebih efektif supaya kes seperti ini tidak berulang lagi.  Kasihan kepada nasib pelanggan yang harus menangung kerugian yang besar.

KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Mesti ramai yang tertanya² tentang status 3 parcel saya tempoh hari. 1 diceroboh dan dua lagi hilang jejak dalam sistem pos laju. Alhamdulillah baru hari ni diberi kekuatan untuk post di fb pasal ni. Saya ceritakan serba sedikit kronologi kes.

Saya memohon bantuan kawan2 fb saya untuk viralkan kes kecurian oleh pihak dalaman pos laju yg semakin berleluasa. Sampai bila perkara ini akan selesai ????

10.8.2018
Sebanyak 11 parcel dipos oleh saya di Pos Malaysia Batu 9, Cheras.

14.8.2018 lebih kurang 2pm

Saya mendapat panggikan telefon dari staff poslaju Balakong memaklumkan 1 parcel saya yang ingin dihantar ke Arau Perlis telah diceroboh dan meminta saya ke Poslaju Balakong untuk membuat tuntutan parcel tersebut.

Pada masa yg sama ada 2 lagi customer yg belum terima barang. Ya Allah hati ni berdebar² sangat. Saya check dalam sistem Poslaju 2parcel tersebut tidak bergerak. Hati dah mula rasa tak sedap, sambil berdoa memohon agar barang-barang customer saya selamat.

15.8.2018

9.30 am saya telah pergi ke poslaju balakong dan membuat tuntutan. Macam biasa saya dilayan acuh tak acuh oleh staff di sana. Hancur luluh hati bila melihat parcel saya dah terkoyak dan barang (handphone) customer sy di dalam parcel tersebut telah hilang, yang tinggal hanya charger.

Pada masa yang sama sy minta staff membuat semakan lagi 2 parcel sy belum diterima customer dan 2 parcel tersebut juga disahkan telah hilang. Staff tersebut telah memberi 3 borang claim kepada sy. Semudah tu kan.

10.30am setelah selesai urusan di pos saya ke balai polis batu 9 untuk membuat laporan polis. Butir laporan seperti di gambar. Laporan dibuat agar siasatan lebih terperinci dibuat oleh pihak polis dan seterusnya untuk membela nasib peniaga² online seperti saya.

Kemudian saya diminta berjumpa dengan pegawai penyiasat kes untuk memberi keterangan saya. Selesai memberi keterangan saya bergegas semula ke pejabat pos balakong utk submit borang claim. Di mana saya dilayan lebih baik kali kedua kerana pihak pos tahu sy telah membuat laporan polis.

Sy pohon pada siapa yg dh baca post ni boleh tolong share agar perkara ni viral dan tindakan lebih cepat dapat dibuat. Saya dh kerugian hampir 3k dan berharap perkara ini tidak dipandang enteng oleh pihak poslaju.

Saya tidak mahu hujah lebih tentang perkara lain . Saya tahu ramai peniaga on9 dan pembeli on9 yg telah menjadi mangsa barang hilang.

 

 

Gambar : Resit barang dipos

 

Saya meminta semua org yg penah lalui komen kisah anda biar pihak atasan poslaju mencari peyelesaian dalam hal ini. Sampai bila penguna harus jadi mangsa . Sampai bila ??? Hentikan perkara ini .

Apa hak pekerja pos laju mencuri brg customer mereka ??? Adakah mereka masih bebas mencuri tanpa rasa takut ?????

Sumber : Saifadila Said

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.