Siakap Keli

Lelaki Belasah, Tikam Sampai Mati Kucing Kekasih Kerana Berang Ditinggalkan

Selepas ditinggalkan teman wanitanya yang sudah berhubugan selama 3 tahun, seorang lelaki bertindak membalas dendam dengan membunuh secara kejam kucing kesayangan wanita itu dan menghantar video yang mengayat hati tersebut kepadanya.

Lebih mengayat hati, wanita itu turut menyaksikan kucingnya dibunuh apabila lelaki itu menghantar rakaman pembunuhan itu kepada bekas teman wanitanya.

Difahamkan, Bian sebelum ini tinggal bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Yao di sebuah pangsapuri di Shenyang, yang dibayar oleh Yao. Bagaimanapun, pasangan itu kemudian berpisah kerana keluarga tidak menerima perhubungan anak mereka bersama lelaki itu.

Kemudian, Yao memindahkan sebahagian barang-barangnya keluar dari kediaman itu dan merancang untuk kembali lagi pada keesokan hari untuk mengambil kucingnya.

Bagaimanapun pada malam kejadian, Bian berada dalam keadaan mabuk dan mengancam untuk membunuh kucing baka American Shorthair yang dibeli dengan harga 2,000 yuan, sekiranya Yao tidak kembali ke rumah itu dengan segera.

Pada keesokan harinya, Yao berjanji akan berada di pangsapuri itu pada jam 11 pagi. Namun, Bian yang hilang sabar membuat keputusan untuk tidak menunggu lagi.

Jam 10 pagi, Bian menghantar video pembunuhan kucing secara kejam itu kepada Yao. Dilihat Bian mencekik kucing itu dengan kain.

“Saya perlu mencari sesuatu yang keras, keyboard ini mungkin cukup keras,” katanya sebelum menghentak kucing itu pada papan kekunci komputer sebanyak beberapa kali.

“Jika ia tidak mati, saya akan tikam dadanya,” sambung Bian yang terus mengambil pisau dapur dan kemudian menikam dada kucing itu dan merakam luka tikaman pada kucing malang itu dengan lebih dekat.

Di akhir video, kucing itu dilihat terbaring tidak bernyawa dengan dipenuhi lumuran darah. Apabila Yao kembali ke pangsapuri itu, dia menemui bangkai kucingnya disumbat dalam kotak.

Video kekejaman Bian itu menjadi viral di media sosial China sejak hujung minggu lalu dan menyebabkan kemarahan warga netizen di seluruh dunia.

Mereka berjaya menyiasat identiti lelaki tersebut. Pada malam hari yang sama juga, Bian dibelasah golongan pencinta haiwan di sebuah jalan di Shenyang akibat berang dengan tindakan kejam lelaki itu.

Bian kemudiannya mendakwa beberapa jarinya telah dipatahkan kumpulan berkenaan dan menuntut pampasan 20,000 yuan. Sementara itu, Yao membuat laporan polis terhadap Bian, selepas menerima video pembunuhan itu.

Bagaimanapun, dari mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas teman lelakinya, Yao bertindak sebaliknya apabila membuat keputusan mahu menyelesaikan masalah itu secara tertutup.

Sumber : shanghaiist

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.