Siakap Keli

Pesara Rugi RM30,000 Selepas Panik Terima ‘Panggilan Mahkamah’

Panik selepas menerima panggilan daripada “Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah”, seorang pesara kerugian RM30,000 akibat terpedaya dengan helah sindiket ‘Macau Scam’ dalam kejadian di Bentong, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan tersebut pada 4.30 petang semalam yang memaklumkan namanya telah digunakan untuk membuka sebuah syarikat yang kini berhutang sebanyak RM19,300.

Katanya pemanggil itu mendakwa akaun bank mangsa akan dibekukan namun bersedia membantu mangsa dengan menghubungkan wanita berkenaan kepada seorang individu.

“Mangsa kemudian bercakap dengan seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Sapari yang dikatakan boleh membersihkan namanya dan seorang wanita kononnya daripada Bank Negara.

“Suspek telah meminta mangsa memberikan butiran peribadinya… namun tidak lama kemudian mangsa berasa tidak sedap hati menyebabkan dia ke bank untuk memeriksa akaunnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa yang mendapati wang simpanannya berkurangan sebanyak RM30,000 kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di