Siakap Keli

Tak Cukup Dengan Manusia, Tiga Lelaki Adakan ”Hubungan” Luar Tabii 1,460 Kali Dengan Binatang

Tiga penternak di Amerika Syarikat ditahan pihak berkuasa setelah didakwa mengadakan hubungan kelamin luar tabii dengan haiwan peliharaan mereka.

Terry Wallace, 41, Marc Measnikoff, 34 dan Matthew Brubaker, 32, berhadapan dengan sebanyak 1,450 pertuduhan persetubuhan ‘pelik’ itu termasuk didakwa merakam dan menyimpan bukti aktiviti songsang mereka melibatkan haiwan ternakan seperti kuda, anjing, lembu dan kambing.

Kegiatan pelik ketiga-tiga peladang itu terbongkar selepas seorang remaja, berusia 16 tahun yang turut tinggal dengan ketiga-tiga suspek di ladang itu melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Menurut polis, kesemua suspek berjaya ditahan pada Sabtu lalu manakala remaja lelaki itu kini ditempatkan dalam pengawasan pihak berkuasa bagi melindungi keselematannya.

Menurut pihak berkuasa, mereka tidak menemui sebarang bukti bahawa remaja tersebut turut menjadi mangsa perlakuan seks songsang ketiga-tiga suspek, bagaimanpun tidak menolak kemungkinan saksi tersebut berhadapan dengan penderaan-penderaan lain, yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Pendakwa Raya yang bertanggungjawab terhadap kes tersebut, William A. Shaw Jr, kes membabitkan ketiga-tiga suspek ini merupakan kes jenayah penderaan terhadap binatang yang paling serius pernah beliau kendalikan.

Ketika ini, pihak berkuasa sedang mencari ladang baru bagi menempatkan kesemua haiwan-haiwan yang menjadi mangsa ‘kegilaan’ ketiga-tiga suspek.

Sumber : Metro UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.