Siakap Keli

(Video) Lembu Siapa Pula Terlepas Nie? Adegan Aksi Bomba Kejar Lembu Hingga 10 Kilometer Di Lebuhraya

Lembu terlepas semasa musim perayaan aidiladha bukan lagi perkara baru. Terbaru, orang ramai di Shah Alam dan Subang Jaya semalam digemparkan dengan adegan aksi mengejar lembu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.26 tengah hari tadi yang memberitahu ada seekor lembu telah merayau memasuki sebuah kilang di Seksyen 15 di sini.

Lembu berkenaan dipercayai pada mulanya terlepas daripada kawalan tuannya dan kemudian merayau masuk ke kilang berkenaan.

Anggota bomba kemudiannya mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke lokasi tersebut.

Tetapi malangnya ketika mereka cuba menangkap lembu itu, ia telah melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer melalui lebih raya sehingga ke stesen minyak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.

Pihak bomba telah mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan berkenaan dan menyerahkan ia semula kepada pemiliknya pada jam 5 petang.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.