Siakap Keli

(Video)Geodes, Disangka Cuma Batu Jalanan Tetapi Di Dalamnya Tersimpan ‘Permata’ Berharga Kegilaan Ramai

Terdapat pelbagai jenis batuan semula jadi dan bahan galian lain yang sememangnya mampu dijual dengan harga tinggi seperti permata, emas dan perak. Cukup bertuah, jika anda salah seorang daripadanya yang berjaya menemui ‘harta’ tertanam dalam bumi ini.

Geodes. Pernah dengar? Siapa sangka, geodes yang sekali dilihat seperti batu jalanan, menyimpan nilai yang bergitu berharga setelah dibelah dua. Malah, geodes dikatakan menjadi buruan golongan berada untuk dijadikan sebagai batu hiasan rumah.

Amethyst cathedral geode

Apakah Geodes?

Geodes merujuk kepada batuan berbentuk sfera atau sub-sfera, dimana berlaku pembentukan kaviti pada bahagian dalam yang menyimpan mineral yang sangat cantik.

Dinding luar batu ini dikatakan sangat kukuh sehingga mampu menghalang daripada cuaca luar yang berubah-rubah merosakkan struktur dalaman batu ini, sekaligus dapat memastikan mineral yang terbentuk di bahagian dalam kekal terpelihara, sehinggalah ditemui manusia.

Brazilian geode

Cantik di dalam

Jika dilihat pada struktur dalaman, lapis pertama terbentuk daripada lapisan kristal quartz yang nipis. Lapisan seterusnya pula mengandungi pelbagai formasi kristal yang cantik-cantik dengan pelbagai warna antaranya warna putih, ungu, biru dan pelbagai lagi.

Saiz batu geodes yang ditemui juga berbeza-beza, ada antaranya bersaiz kecil 1 sentimeter sehinggalah yang lebih besar bersaiz beberapa meter. Dari segi rupa fizikalnya, geodes kelihatan seperti batu jalanan biasa, tetapi keindahannya nyata memukau saat sahaja batu itu dibelah dua.

Dyed Geode Slices

Pembentukkan Geodes

Walaupun rupanya seperti batu jalanan, ini tidaklah bermakna geodes boleh ditemui di mana-mana sahaja. Bagaimanapun, geodes biasanya ditemui dalam jumlah yang banyak di persekitaran yang pernah menyaksikan berlaku fenomena geokimia.

Geodes sebelum ini dilaporkan ditemui di kawasan-kawasan deposit gunung berapi seperti basalt dan tuff; stratified sedimentary carbonate deposits seperti kawasan batu kapur dan dolomit.

Oco Agate Geodes

Geodes biasanya lebih mudah ditemuai apabila kawasan batuan yang mengelilingi terhakis akibat pendedahan kepada cuaca. Ini disebabkan batu kapur, basalt, dolomit dan shales lebih cepat menunjukkan kesan perubahan disebabkan fenomena cuaca berbanding quartz dan chalcedony yang biasanya membentuk lapisan luar geodes.

Sesetengah geodes dilombong, namun ia memakan masa dan kos yang tinggi, selain risiko batu geodes itu sendiri rosak.

Terdapat pelbagai jenis geodes yang dijual di pasaran, namun jika anda berminat dengan batu perhiasan ini, anda harus berhati-hati kerana pernah dilaporkan ada penjual di luar negara menjual batuan geodes palsu.

Kentucky geode

Semakkan kami di platform jualan atas talian juga mendapati batu perhiasan geodes ini dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sFAJqAuiyPA]

 

Sumber : Geology.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.