Siakap Keli

(Video)Selepas Lombok, Giliran Venezuela Pula Digegarkan Dengan Gempa Bumi, Kali Ini Dengan Amaran Tsunami

Selepas Pulau Lombok, giliran Venezuela, salah sebuah negara di Amerika Selatan pula dilanda dengan bencana gempa bumi berkekuatan 7.3 magnitud.

Malah, media antarabangsa turut melaporkan bahawa pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran tsunami disepanjang pantai Caribbean selepas gempa melanda kawasan timur laur negara itu.

Beberapa rakaman video di kawasan kejadian turut tular dengan orang ramai bergegas meninggalkan premis perniagaan dan tempat tinggal untuk menyelamatkan diri.

Gempa berkenaan pada awalnya diukur dengan kekuatan 6.7 magnitud sebelum Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat menaikkan tahap kekuatan gempa kepada 7.3 magnitud dengan pusat gegaran dikesan berdekatan dengan pekan Carupano.

Sementera itu orang awam turut melaporkan bahawa gegaran turut dirasai sehingga ke bandar utama, Caracas, yang terletak kira-kira 531 kilometer daripada pusat gegaran. Malah, gempa bumi yang sama turut dilaporkan menggoncang sehingga ke ibu kota Colombia, Bogota.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat, agensi berkenaan meramalkan bahawa gempa bumi tersebut mampu mencetuskan tsunami kecil di sepanjang pantai negara berkenaan.

Kawasan-kawasan berpantai seperti Grenada, Trinidad dan Tobago diarahkan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurut laporan berita antarabangsa lagi, gempa bumi berkekuatan 7.3 magnitud dianggap sebagai besar dan mampu memberikan kerosakkan serius kepada mana-mana negara.

Bagaimapun, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 123 kilometer, sekaligus mengurangkan kesan gegaran yang dirasai orang ramai.

Sumber : The Sun UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di