Siakap Keli

(Gambar) 10 Tempat Wajib Pergi Dan Makanan ‘Rare’ Wajib Cuba Jika Ke Kota Singa

Hajat hati ni dah lama teringin nak ke Kota Singa.  Bukan jauh pun, teropong je dah nampak Singapura. Tapi setiap kali terfikir nak berjalan ke sana, mesti hati ni risau je dengan bajet dan takut sebab tak familiar dengan kota asing walaupun berjiran.

Tapi, kalau bajet sangat pun tak best kan? Dah alang-alang bercuti ni apalah salahnya kalau kita belanjakan sedikit wang untuk merasai pengalaman eksklusif sepanjang berada di Singapura.  Betul tak? Jadi, untuk post kali ini, aku akan kongsikan itinerari bajet tapi masih mengekalkan elemen eksklusif selama 3 hari 2 malam ke Kota Singa untuk memudahkan lagi perancangan perbelanjaan korang. 1, 2, 3, Go!

Hari Pertama: Jelajah Kota Singa

Sarapan Pagi di Kampung Glam

Sebelum pergi mana-mana, kita mulakan hari dengan sarapan pagi di Kampung Glam.  Nama je dah mewah kan? Kalau korang jalan-jalan sekitar Kampung Glam ni, korang akan terkejut sebab rasa macam dekat Itali! Deretan kafe, butik serta kedai menjual barangan tradisional ada di Kampung Glam.  Pesona Kampung Glam ni terletak kepada perpaduan gaya masa kini dan masa lalu.

Untuk korang yang bajet boleh cuba aneka restoran klasik ala-Singapura atau pun kalau terasa nak sarapan ala-barat, korang boleh pilih pelbagai pilihan kafe hipster yang ada dekat sini. Tiba-tiba rasa macam dekat New York pulak dah!

Garden by the Bay

Garden by the Bay adalah salah satu destinasi wajib pergi dan sangat tak cliche.  Samada korang suka atau tak suka flora, bila korang masuk je sini, korang akan jatuh cinta pandang pertama.  Untuk sampai ke sini, korang boleh ambil MRT dan turun di stesen Bayfront.

Aku merayu sangat, kalau pergi Garden by the Bay ni, tolonglah masuk ‘Flower Dorm’ dan ‘Cloud Forest’ sebab ambience dia sangat cantik dan mempesonakan.  Bagi aku, tempat ni antara highlight percutian aku di Singapura. Bila malam, tempat ni akan disimbahi dengan cahaya lampu berwarna-warni terasa macam dekat kampung Avatar.  Serius! Oh, fakta menarik tempat ni, ia merupkan salah satu tempat penggambaran salah satu scene dalam cerita ‘Hitman Agent 47’.

Makan Di Toa Payoh New Town

Lepas dah jalan mesti perut pun lapar kan? Aku terus ambil MRT menuju ke Toa Payoh sebab aku nak makan sangat kari kepala ikan dengan rojak Singapore yang memang terkenal kat sana. Jangan lupa cuba!

Apabila Seni Bertemu Sains di ArtScience Museum

Sejujurnya, jangkaan aku untuk destinasi ni agak rendah, sebab aku rasa tempat ni mesti bosan.  Dengar nama je terus teringat sekolah. Tapi, jangkaan aku sama sekali salah! Ternyata muzium ni mengubah persepsi aku tentang muzium yang kuno dan boring. Struktur muzium yang moden hingga ke intipati seni yang kemas, futuristik, semuanya buatkan aku ternganga kagum.  Memang best.

Air Pancut Menari Wings of Time 

Sekali-sekala aku nak rasa macam mana nightlife gaya Singaporean.  Jadi, aku buat keputusan untuk menyaksikan pertunjukan air pancut menari di Wings of Tiime.  Apa yang hebat sangat tempat ni? Mungkin korang pernah tengok air pancut menari dekat KLCC kan? Tapi air pancut dekat sini lagi gempak sebab dorang guna teknologi yang menggabungkan efek muzik, video, api dan lampu laser.

Untuk sekian kalinya, aku rasa macam dalam cerita fantasi Hollywood sebab pengalaman dekat sini memang magikal dan unik.  Terbaik!

Mesti korang rasa macam mahal je kan semua tempat yang aku pergi? Untuk makluman korang, aku belanja tak lebih RM200 pun.  Sekarang korang dah tahu kenapa aku bagitahu itinerari aku ni bajet tapi mewah kan?

Hari Kedua: Warna-Warni Kota Singa

Mungkin ada diantara korang yang teringin sangat nak ke Universal Studio (USS), korang boleh terus ke sana. Tapi, jangan lupa sebelum pergi dah beli tiket dulu sebab kalau tak, korang terpaksa beratur panjang.  Untuk pergi ke sana menggunakan MRT, korang boleh turun ke Stesen Harbour Front.  Daripada situ korang masuk ke Vivo City Mall, naik eskalator ke tingkat 3 dan terus pergi ke stesen skytrain ke Sentosa Island.

Untuk aku yang takut dengan aktiviti mencabar macam USS tu, aku pilih untuk terus meneroka Kota Singa.

Sarapan di Joo Chiat/Katong

Sama macam dekat Kampung Glam, Joo Chiat/Katong merupakan tempat kegemaran warga Singapura dengan pilihan kedai kopi lama, kafe moden dan restoran.  Kawasan ini dihiasi dengan seni bina pra-perang unik, motif bunga dan jubin seramik yang sangat klasik.

Cenderamata vs ‘Food Hunting’ Singapura

Kita datang jauh-jauh mesti nak beli cenderahati kan? Tapi dalam masa yang sama, aku tak nak lepaskan peluang untuk cuba makanan-makanan unik dekat sini.  Aku rasa korang pun mesti akan ada dilema macam aku juga.  Jadi, dekat sini aku senaraikan tempat membeli-belah murah dan makanan wajib cuba.

1. Mustafa Centre

Lokasi: Terletak di tengah-tengah Little India.

Pilihan Cenderahati: Minyak tradisional Singapura, magnet peti sejuk, bingkai gambar, teh, dan coklat.  Harga barangan bermula daripada $2-$20

Cara Ke Sana: Bas 21, 125 & 130 atau berhenti di stesen MRT Farrer Park

2. Chinatown

Lokasi: Terletak di bandar Merlion.

Pilihan Cenderahati: Kraftangan Cina, beg, kasut, rantai, teh, selendang sutera, tanglung dan coklat. Harga barangan bermula dari $3 hingga $30.

Cara Ke Sana: Bas 2, 12, 33, 54, 63, 124, 143, 147, 190, 851, 961 atau berhenti di MRT Chinatown.

3. Bugis Street

Lokasi: Bugis Junction.

Pilihan Cenderahati: T-shirt, beg tangan, topi, kasut, tali pinggang, jam tangan, barangan kemas, cawan, bingkai gambar dan coklat. Harga jualan bermula dari $3 hingga $25.

Cara Ke Sana: Bas 7, 12, 63, 80, 175, 197, 851, 960, 980 dan NR7 atau berhenti di Bugis MRT.

4. Lokasi: Orchard Road.

Pilihan Cenderahati: Minyak wangi, kosmetik, coklat, manis, T-shirt, cermin mata hitam, dan aksesori mudah alih. Harga jualan bermula dari $3 ke atas.

Cara Ke Sana: Bas 7, 14, 14E, 16, 65, 106, 111, 123, 175 dan 5 atau berhenti di Orchard MRT (NS22).

5. Aiskrim Tepi Jalan Orchard Road

6. Koktel Singapura

7. Roti Prata Aiskrim

Walaupun sekejap, tapi pengalaman bercuti di Singapore memang terbaik sebab dalam masa 2 hari aku dapat rasa pengalaman berbeza di setiap destinasi yang aku pergi.  Sekurang-kurangnya dapat jugalah aku meneroka tempat orang lepas sibuk 24 jam bekerja.

Pilihan penerbangan yang terbaik ke Singapura mestilah dari Air Asia.  Macam korang di Semenanjung senang boleh naik kereta je masuk Singapore, tapi aku yang di Borneo memang Air Asia lah pilihan hati.

Untuk kawan-kawan aku yang tak percaya dekat aku sebab Air Asia dah ada penerbangan dari Borneo ke Singapura, aku nak bagitahu korang yang AirAsia dah pun terbang ke tiga destinasi dari Kota Kinabalu-Singapura, Miri-Singapura, dan Kuching-Singapura.

Jadi, lebih mudahlah lepas ni kalau nak ke Singapura.  Dahlah selesa, harga pun murah, dan masa perjalanan pun sekejap je.

Kalau korang nak tahu, penerbangan ke Singapura sekarang tengah murah tau! Korang memang tak akan jumpa harga macam ni kat mana-mana.  Aku tak tipu. 

Terbang dari Kuching, Miri, Kota Kinabalu ke Singapura dengan tambang ahli all-in dari RM37. Tempah sekarang hingga 2 September untuk penerbangan sehingga 17 Feb 2019.

Selain Singapura, Air Asia juga membawa korang ke destinasi menarik dan super cantik seperti Phu Quoc, Lake Toba dan banyak lagi! 

Klik laman web rasmi Air Asia untuk membuat tempahan. 

Nur Farra