Siakap Keli

Patah Semangat Tengok Kos Rawatan Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Tarik Balik Tabung Kutipan Derma

Sepasang suami isteri kepada seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai penyakit kanser hati jarang-jarang berlaku terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan kempen kutipan derma untuk anak mereka selepas mendapat tahu mengenai kos perubatan yang perlu dibayar.

Menurut laporan media, pembedahan tersebut akan menelan belanja sehingga USD 1.1 juta (RM 4.51 juta) dan mereka terpaksa menerima hakikat, kempen melalu GoFundMe tidak akan sempat untuk mengumpul dana sebesar itu sebelum ajal anaknya menjemput.

Charlie Proctor, 5, yang dilahirkan di United Kingdom disahkan menghidap kanser Hepatoblastoma pada 2016, satu tumor jarang-jarang berlaku yang tumbuh pada bahagian hati bermula daripada kecil lagi.

Walaupun sudah menjalani rawatan kemoterapi beberapa kali, malangnya sel kanser terus membiak dan kini sudahpun menjangkiti organ paru-parunya pula.

Bagaimanapun menurut doktor, Charlie berpeluang untuk terus hidup namun satu-satunya peluang terakhir yang ada adalah dengan menjalani pembedahan transplant di Hospital Kanak-kanak Cincinniti di Ohio, Amerika Syarikat.

Pada awalnya, ibu bapa Charlie, Amber dan Ben dimaklumkan bahawa kos asal rawatan tersebut berjumlah USD 387,600 (RM 1,590,904) sebelum melancarkan tabung kutipan dana untuk anak mereka. Namun setelah doktor memaklumkan maklumat terkini mengenai kos sebenar yang diperlukan, Amber dan Ben merasa sangat kecewa dan menutup akaun kutipan derma tersebut kerana merasakan Chaerlie mungkin tidak mempunyai masa untuk menunggu lebih lama.

”Kami sedar, kami tidak akan sempat untuk mengumpul dana sebesar itu. Jadi kami membuat keputusan untuk menutup akaun tersebut,” kata pasangan tersebut.

Charlie mula menunjukkan simptom seperti perut mengeras dan timbul urat pada Januari 2016 sebelum dirujuk ke Hospital Blackburn yang kemudiannya didiagnosis dengan kanser Hepatoblastoma.

Charlie kemudian terpaksa melalui lebih 20 kali sesi kemoterapi dalam tempoh enam hari pada waktu tersebut, dimana kanser tersebut menjadi lebih stabil, namun tidak menyembuhkannya.

Ketika diagnosis dengan Hepatoblastoma, doktor meramalkan Charlie hanya mempunyai peluang untuk hidup sebanyak 20 peratus sahaja.

Pada Mei tahun lepas, Charlie terpaksa melalui satu siri pembedahan di Hospital Kanak-kanak Birmingham untuk membuang tumor pada bahagian hatinya.

Walaupun doktor berjaya mengesan tiga lagi tumor pada bahagian paru-parunya ketika itu, namun pemeriksaan yang dibuat mengesahkan bahawa tumor-tumor tersebit tidak berbahaya.

Namun nasib Charlie bertukar menjadi lebih malang awal Ogos ini apabila ruam mula timbul pada kulitnya, dipercayai akibat rawatan kemoterapi yang dilaluinya sebelum ini.

Keputusan perlu dibuat dan doktor akhirnya terpaksa memberitahu bahawa rawatan kemoterapi tidak lagi boleh digunakan untuk merawat kanser pada Charlie sekiranya kesan ruam terus bertambah pada kulitnya.

Beberapa hari kemudian, doktor yang membuat pemeriksaan berkala ke atas Charlie mengesahkan tumor kembali menyerang hatinya dan pembedahan transplant adalah satu-satunya cara untuk Charlie diselamatkan.

Ketika akaun kutipan derma itu ditutup pada Selasa, pasangan tersebut hanya berjaya mengumpul dana sebanyak RM 510,106 ketika terbang ke Ohio untuk merawat Charlie.

Pasangan itu dalam satu kenyataan di laman facebook mereka mengesahkan bahawa mereka tidak berputus asa, namun merasakan keputusan menutup akaun tersebut adalah tepat.

”Rawatan kemoterapi yang Charlie lalui tidak menyembuhkannya, namun membuatkan sel-sel kanser itu berkembang lebih perlahan.

”Kami merasakan masa yang ada ini harus diperuntukkan untuk memenuhi semua impian dan menceriakan hidup Charlie, berbanding meneruskan rawatan kemoterapi yang hanya membuatkan fizikal menjadi lebih teruk.

”Namun, kami belum berputus asa. Tidak sesekali. Ketika ini kami mengambil keputusan untuk memilih rawatan daripada rumah untuk kebaikkan Charlie, anak kami.

”Walaupun kami terluka untuk menghadapi realiti, tetapi kami perlu bersedia,” kata pasangan tersebut.

Amber dan Ben dilaporkan telah kembali ke United Kingdom dan mendapatkan rawtan dalam bentuk pil untuk Charlie daripada Hospital Diraja Kanak-kanak, Mancherster. Pil itu dikatakan mampu membuatkan sel kanser mengecut dan Charlie bertahan lebih lama, tetapi tidak mampu merawatnya.

Apakah Hepatoblastoma?

Hepatoblastoma adalah satu tumor yang mula berkembang daripada hati. Penyakit ini biasanya mula dikesan pada kanak-kanak menjelang usia 3 tahun.

Walaupun terkenal sebagai malignan yang biasa dihidapi oleh seseorang kanak-kanak, namun Hepatoblastoma sebenarnya sangat-sangat jarang dilaporkan berlaku, kira-kira seorang dalam sejuta.

Punca sebenar masih belum diketahui, namun kanak-kanak yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko lebih tinggi untuk diserang Hepatoblastoma.

Selain itu, kanak-kanak yang menghidapi penyakit hemihypertrophy iaitu satu bahagian badan membesar lebih pantas berbanding bahagian lain serta sindrom Beckwith-Wiedemann iaitu sindrom terlebih membesar turut mempunyai risiko yang sama.

Simptom-simptom yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menghidap Hepatoblastoma adalah berbeza-beza, bergantung kepada saiz tumor. Antara simptom-simptom tersebut adalah abdomen membengkak, sakit-sakit badan, jaundis, demam, loya-loya dan muntah-muntah.

Penyakit ini biasanya dirawat menggunakan kaedah kemoterapi untuk mengecut dan melambatkan sel kanser daripada merebak. Seterusnya pembedahan akan dilakukan bagi membuang tumor tersebut.

Seandainya tumor tersebut sudah menyerang seluruh kawasan hati, maka pesakit memerlukan pembedahan pemindahan hati sekiranya ada penderma sepadan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=P-TLQMkHhVc]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.