Siakap Keli

(Video) Minyak Kelapa Beracun? Baik Makan Minyak B*bi – Dr. Karin, Harvard

Minyak kelapa adalah racun dan antara makanan paling buruk yang boleh dimakan, menurut ceramah yang diberikan profesor di Harvard TH Chan School of Public Health.

Dr. Karin Michels yang juga mengetuai pusat penyelidikan tumor di Universiti Freiburg membuat kenyataan dalamp perbincangan 50 minit bulan lalu memberitahu penonton, “minyak kelapa adalah racun dan ia adalah makanan paling tidak baik untuk dimakan.”

Dr. Michels mengatakan ia lebih teruk daripada lemak babi.  Walau bagaimana pun, satu tinjauan di seluruh negara pada 2016 mendapati sekurang-kurangnya 70% rakyat Amerika yakin minyak kelapa adalah minyak yang sihat.

Penjualan minyak kelapa bermula pada awal 2000 dengan 2 kajian oleh Universiti Columbia yang melihat asid lemak rantai sederhana merupakan antara kandungan yang terdapat di kelapa.

Peserta kajian yang mengamalkand iet asid lemak rantaian sederhana membakar lemak lebih cepat daripada yang mengawal.

Ahli kardiologi berpendapat, rasa minyak kelapa itu memang sedap tapi ia tidak ‘mesra’ dengan arteri dalam badan.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra