Siakap Keli

Buat Pertama Kali Agong Tak Kurniakan Darjah Kebesaran Pada Hari Keputeraannya 9 September Ini

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V tidak akan mengurniakan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda 9 September ini disebut oleh bekas menteri Tan Sri Rais Yatim di Twitter peribadinya semalam.

Ini merupakan kali pertama Agong tidak mengurniakan sebarang darjah kebesaran pada hari keputeraannya.

Memetik sumber, seorang pegawai di pejabat perdana menteri turut mengesahkan perkara itu bahawa, pada hari tersebut hanya akan ada titah daripada baginda dan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Tun Dr. Mohamad.

Tahun lalu 48 individu telah dianugerah gelaran Tan Sri dan 3 individu diberi gelaran Tun iaitu Sammy Vellu, Michael Chen (Timbalan Presiden MCA) dan Md Raus Shariff (Ketua Hakim Negara).

Nur Farra