Siakap Keli

Filipina Pula Digegar Gempa Bumi, Sebulan Selepas Gempa Lombok Ragut Hampir 500 Nyawa

Portal berita BERNAMA hari ini melalui satu kemas kini di akaun Twitterny memaklumkan negara jiran, Filipina dilanda gempa bumi berkekuatan 5.2 magnitud, kira-kira pukul 12.33 tengah hari (waktu tempatan) tadi.

Bagaimanapun, Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat meletakkan gempa tersebut pada kekuatan 5.4 magnitud.

Berdasarkan laporan BERNAMA tersebut, gempa bumi sederhana itu berlaku di wilayah Timur Samr, di Filipina Tengah, menurut kenyataan yang dipetik daripada Institut Volkanologi dan Seismology Filipina (Phivolcs).

Institut tersebut turut dipetik berkata gegaran tersebut berlaku pada kedalaman kira-kira satu kilometer dan berpusat kira-kira 72 kilometer timur laut Pekan Guiuan, wilayah Timur Samar.

Phivolcs juga dipetik berkata, gegaran turut dirasai sehingga ke Bandar Borongan, ibu kota Timur Samar. Sehingga kini, tiada sebarang kerosakkan atau kematian dilaporkan. Phivlocs bagaimanapun sedang berjaga-jaga dengan kemungkinan gempa susulan.

Gempa di Filipina terjadi lebih sebulan selepas beberapa siri kejadian gempa bumi yang menggoncang Pulau Lombok, di Indonesia yang meragut hampir 5oo nyawa, salah seorangnya adalah rakyat Malaysia.

Sumber : BERNAMAPhilippine Institute of Volcanology and Seismology (Phivolcs)

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.