Siakap Keli

Nombor Plat ‘MALAYSIA 1’ Catat Bidaan Tertinggi RM1.1 Juta – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini telah membuat pengumuman keputusan bidaan nombor pendaftaran kenderaan MALAYSIA 1 sehingga MALAYSIA 9999. Bidaan yang dibuka kepada orang ramai sejak 1 Ogos sehingga 15 Ogos 2018 itu telah berjaya mengumpul dana kerajaan sebanyak RM13.16 juta. Anthony juga berkata kesemua duit bidaan tersebut akan menjadi dana kerajaan sepenuhnya.

Namun dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook menteri itu hanya mengumumkan 10 pemilik nombor yang mendapat bidaan tertinggi sahaja iaitu MALAYSIA 1 milik Aldi International Sdn Bhd dengan bidaan tertinggi sebanyak RM1.1 juta. Diikuti dengan MALAYSIA 8 yang dimiliki oleh Project Concept Sdn Bhd dan seterusnya MALAYSIA 99 yang berjaya dimiliki oleh 99 Speedmart.

Berikut adalah 10 nombor pendaftaran yang menerima bidaan paling tinggi untuk plat khas MALAYSIA.

  1. MALAYSIA 1 – RM1.1 juta 
  2. MALAYSIA 8 – RM618,000
  3. MALAYSIA 99 – RM501,500 
  4. MALAYSIA 2 – RM422,000
  5. MALAYSIA 3 – RM223,000
  6. MALAYSIA 5 – RM200,000
  7. MALAYSIA 4 – RM162,000
  8. MALAYSIA 9 – RM141,999
  9. MALAYSIA 7 – RM123,000
  10. MALAYSIA 18 – RM120,000  

Untuk nombor plat yang mendapat pembida paling ramai ialah MALAYSIA 8055 yang dikatakan menjadi rebutan kerana membawa maksud MALAYSIA BOSS. YB Anthony Loke juga membuat bidaan ketika hari pelancaran pada 1 Ogos 2018 keatas nombor plat MALAYSIA 509  dengan jumlah bidaan beliau sebanyak RM1,509 namun beliau gagal memenangi bidaan itu dan hanya menduduki tangga ke 11 bidaan tertinggi.

Menteri itu juga berkata, untuk nombor pendaftaran MALAYSIA 2020 tidak dibuka untuk bidaan kerana kerajaan bercadang untuk meletakkan nombor pendaftaran itu di kenderaan rasmi Perdana Menteri dan akan menguruskan pertukaran nombor plat tersebut secepat mungkin.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)